31 Disember 2021

Dapat hidayah Allah, mak nyah masuk Islam

 

Oleh RAHIMAN OTHMAN

KUALA LUMPUR:
 Suatu yang tidak diduga apabila seorang mak nyah tiba-tiba membuat keputusan untuk memeluk Islam.


Insan yang kini nama Ahmad Andrew berkata dia telah lama ingin memeluk Islam namun merasa malu untuk menyatakanya.

Tetapi, apabila kedatangan pasukan daripada PAS Kawasan Titiwangsa ke tempat kediamannya di Flat Jalan Pekeliling baru-baru ini secara langsung membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam pada waktu itu.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Suhaimi Aziz, kehadiran beliau bersama Ahli Jawatankuasa PAS dan ahli-ahli PAS di situ bertujuan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di ibu kota.

Katanya, antara bantuan barang yang diberikan adalah barang keperluan diri, tilam dan senaskah Al-Quran.

Beliau menambah, bertitik tolak dari situlah Andrew merasakan inilah waktunya dia menyatakan hajatnya.

Jelasnya lagi, ketika pihaknya sedang menghulurkan bantuan, tiba-tiba Andrew datang kepadanya dan berhajat untuk memeluk Islam.

Sehubungan itu, beliau terus mengajak Ustaz Raihan Abdul Aziz bagi memimpin syahadah Andrew.

Peristiwa itu turut disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Rosni Adam, Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan, Haji Bakar Sidek dan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Titiwangsa, ahli-ahli PAS dan warga setempat. (Foto atas)

Video mengenai pengislaman Andrew dimuat naik menerusi laman Facebook PAS Kawasan Titiwangsa, semalam.

Laungan takbir dari seluruh ahli PAS menyambut Andrew ketika selesai lafaz syahadahnya.

“Ia sebagai lambang sesebuah persaudaraan Muslim yang diikat atas aqidah Islam,” kata Suhaimi.

Langkah seterusnya, kata beliau ialah membawa Ahmad Andrew ke pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kuala Lumpur.

Selepas selesai, rombongan PAS Kawasan Titiwangsa bergerak pula ke tempat lain di sekitar ibu kota bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang lain. – HARAKAHDAILY 30/12/2021

Tiada ulasan: