: Cina Islam | 2025 : (林川興)
Memori Perjalanan Hidup Insan Kerdil
14 Disember 2021
67 peratus mengundi awal setakat 12 tengah hari
KUCHING: Sejumlah 67 peratus daripada 23,043 pengundi awal dalam kalangan anggota polis dan tentera serta pasangan, sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 12 tengah hari tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Lebih 80 pusat pengundi awal bagi PRN Sarawak mula dibuka pada jam 7.30 pagi bagi membolehkan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.
Pengundian awal membabitkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan.
Pengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga 5 petang ini.
Sejumlah 349 calon bersaing dalam PRN12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini.
BHARIAN.
Sebahagian anggota polis menunggu giliran untuk membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, Kuching. Seramai 23,043 pengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12. Pengundi awal itu membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan manakala bakinya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Petugas kesihatan melakukan semburan sanitasi setiap peralatan mengundi setiap dua jam sekali bagi mengawal penularan wabak COVID-19 pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, Kuching. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan