09 Disember 2021

Harimau Malaya belasah Laos

 Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. -  Foto ihsan FAM

PreviousNext

KUALA LUMPUR: Laos nyata bukan lawan Malaysia selepas Harimau Malaya mudah meraih kemenangan besar 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura, sebentar tadi.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe melakukan rombakan di bahagian serangan apabila merehatkan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula yang menyaksikan Luqman Hakim Shamsudin bertindak selaku penggempur utama Harimau Malaya.

Menurunkan keseluruhan anak tempatan dalam kesebelasan utama, percaturan Cheng Hoe itu membuahkan hasil seawal minit ketujuh apabila Safawi Rasid meledak gol pertama selepas menyudahkan hantaran Arif Aiman Hanapi.


Safawi (dua dari kanan) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan. - Foto Ihsan FAM
Safawi (dua dari kanan) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan. - Foto Ihsan FAM

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terus mencetak nama selaku penjaring apabila menyumbang gol kedua pada minit ke-34.

Harimau Malaya mendapat beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan pada babak kedua, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Usaha keras Harimau Malaya akhirnya berhasil pada minit ke-78 apabila tonggak pertahanan, Shahrul Saad meledak gol ketiga, sebelum Safawi melengkapkan hatrik dengan meledak gol keempat pasukan negara, dua minit kemudian.

Sebahagian penyokong Malaysia. - Foto ihsan FAM
Sebahagian penyokong Malaysia. - Foto ihsan FAM

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya kekal di kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pertama Kumpulan B, Isnin lalu.

Seterusnya, anak buah Cheng Hoe akan mengharungi perlawanan sukar berdepan juara bertahan, Vietnam, Ahad ini dan aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia, 19 Disember ini.

BHARIAN.

Aksi Aiman (kanan) cuba dihalang pemain pertahanan Laos. - Foto ihsan FAM
Aksi Aiman (kanan) cuba dihalang pemain pertahanan Laos. - Foto ihsan FAM

Tiada ulasan: