09 Disember 2021

Kelantan nak jumpa PM isu royalti

 Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. - Foto fail NSTP

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. - Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Kelantan bercadang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi untuk membincangkan tuntutan royalti petroleum negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pertemuan bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti petroleum sekali gus mendapatkan penjelasan lanjut.

"Tarikh perjumpaan bergantung kepada Perdana Menteri. Ini berikutan kita (kerajaan negeri) berpegang kepada Perjanjian Petroleum 1975. Jadi kita harap pihak Kerajaan Pusat boleh memberi ruang perbincangan untuk mempertimbangkan semula (tuntutan) royalti petroleum," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pada Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2021 serta Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan, hari ini.

Mohd Amar berkata, pihaknya yakin hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan mampu menyelesaikan kes tuntutan itu.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata PETRONAS tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 25 November lalu, beliau dilaporkan berkata, ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

BHARIAN.

Tiada ulasan: