09 Disember 2021

Pelaporan 100 hari manfaatkan rakyat

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berucap pada Perasmian 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berucap pada Perasmian 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuktikan pelaporan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) bukan sesuatu yang diperbesar-besarkan, sebaliknya memberi impak dan manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia dapat dilihat melalui pencapaian di bawah enam teras utama ditetapkan di bawah AKM iaitu menstruktur semula ekonomi, menjamin keselamatan dan ketenteraman negara dan meningkatkan kesejahteraan sosial.

Selain itu, mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh, memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasa penyampaian perkhidmatan.

"Pelaporan pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini penting dalam menentukan hala tuju dan momentum kerajaan untuk mencapai matlamat supaya Keluarga Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Dengan iktikad menjaga Keluarga Malaysia, setiap perancangan kerajaan berpaksikan kesejahteraan rakyat supaya terpelihara, seperti sebuah keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Yang turut hadir, barisan Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

BHARIAN.

Tiada ulasan: