09 Disember 2021

Keputusan kes Najib bukti mahkamah negara ini bebas

 Semalam, media melaporkan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd. - Foto fail NSTP

KOTA BHARU: PAS menyifatkan keputusan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam membuktikan mahkamah negara ini bebas daripada sebarang campur tangan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan mahkamah itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk parti politik.

Beliau berkata, mahkamah juga tidak menerima tekanan daripada pihak luar walaupun kes itu membabitkan individu yang juga golongan tinggi dalam masyarakat.

"Keputusan mahkamah semalam membuktikan ia (mahkamah) bebas kerana tidak dipengaruhi atau tekanan daripada mana-mana pihak.

"Ia berikutan rakyat dan masyarakat antarabangsa memberi perhatian yang besar kepada negara ini. Jadi keputusan itu adalah positif kerana tidak mempunyai campur tangan politik," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2021 serta Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan di Hotel Perdana di sini, hari ini.Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub.

Mohd Amar menyerahkan peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2021 dan Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria PBT Negeri Kelantan di Hotel Perdana di sini, hari ini. - Foto NSTP/Hidayatidayu Razali

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendakwa, jika sebelum ini terdapat campur tangan politik, namun keputusan semalam membuktikan mahkamah tidak menerima tekanan daripada pihak lain.

Semalam, media melaporkan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

BHARIAN.

Kes SRC: Mahkamah rayuan kekal hukuman ke atas Najib
Kes SRC: Mahkamah rayuan kekal hukuman ke atas Najib

Tiada ulasan: