28 Disember 2021

Peter Anthony umum keluar Warisan

 

Peter Anthony ketika mengadakan sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), sebentar tadi. - FOTO: IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony mengumumkan keluar parti, sebentar tadi.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu meninggalkan Warisan dan bakal menubuhkan sebuah parti baharu mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selain itu, turut keluar parti bersama Peter meninggalkan Warisan adalah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Peter yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah ini ialah ADUN Warisan keempat mengumumkan keluar parti tahun ini.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi. – K! ONLINE

Tiada ulasan: