10 Januari 2022

Saintis temukan varian baharu Covid-19, ‘Deltacron’

 

PEGAWAI perubatan mengambil sampel ujian Covid-19 di India. - AFP

NICOSIA: Saintis di Cyprus mendakwa menemukan varian terbaharu Covid-19, dinamakan Deltacron.

Menurut laporan Bloomberg, Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu, sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian itu yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.

Kostrikis berkata, pada masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta dan pihaknya mendapati ia adalah gabungan kedua-dua varian.

Ads by Kiosked

“Penemuan itu dinamakan ‘Deltacron’ kerana pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta,” katanya.

utusan.

Menurutnya, pihak saintis sedang mengkaji varian itu sama ada ia lebih mudah berjangkit berbanding varian sedia ada.

Tiada ulasan: