10 Januari 2022

Kes baharu Covid-19 terus catat penurunan

 GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 2,641 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,788,860 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 2,641 kes direkodkan hari ini, sebanyak 57 kes atau 2.2 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

"Sebanyak 2,584 lagi kes atau 97.8 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"Daripada jumlah kes dilaporkan hari ini, 338 kes adalah kes import, manakala 2,303 kes lagi membabitkan penularan tempatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 253 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 211 kes Covid-19, manakala 42 kes dalam siasatan dengan 163 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 2,808 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 2,717,422 kes atau 97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengenal pasti empat kluster baharu yang dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster direkodkan sebanyak 6,163 kluster dengan 5,994 kluster tamat, manakala 169 kluster lagi masih aktif.

Menurutnya, data terkini kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia, sehingga semalam adalah pada 0.98.

"Semua negeri mencatatkan nilai Rt kurang daripada 1.00 kecuali enam negeri dengan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.16 diikuti Sabah (1.07) dan Kuala Lumpur (1.06)," katanya.

HMETRO.

Tiada ulasan: