10 Januari 2022

Membeli-belah aktiviti paling berisiko untuk dijangkiti Covid-19

 

INDIVIDU membeli barangan di kedai setiap minggu adalah dua kali lebih berisiko dijangkiti Covid-19. - AFP

LONDON: Satu kajian mendapati individu yang melakukan pembelian barangan runcit di kedai setiap minggu adalah dua kali lebih berisiko dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang mendapat bekalan barangan tersebut menerusi dalam talian.

   Lapor Daily Mail, Kajian Pemantauan Virus di bawah Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) meneliti aktiviti seharian lebih 10,000 penduduk di England dan Wales antara tempoh September dan November 2021.

Kajian itu menunjukkan individu yang mengunjungi kedai seminggu sekali kemungkinan besar dijangkiti virus dengan peningkatan risiko sebanyak 2.2 peratus.

Ads by Kiosked

Ia diikuti dengan individu yang bermain sukan di luar iaitu 1.36 kali lebih berkemungkinan untuk diuji positif Covid-19.

Namun, para penyelidik mengakui golongan yang melakukan demikian mungkin ia disebabkan sebahagian aktiviti sosial dilampirkan dalam acara tersebut, dan bukannya bermain sukan atas kerelaan sendiri.

Jelas kajian itu, risiko dijangkiti Covid-10 selepas mengunjungi pub beberapa kali dalam tempoh seminggu adalah sama dengan individu yang kerap menaiki pengangkutan awam.

Bagaimanapun, tempoh masa yang dianalisis bermakna ia tidak akan mengambil kira sebarang data daripada kes varian Omicron yang hanya meningkat dari pertengahan Disember lalu.

Aktiviti berisiko tinggi lain termasuk makan di restoran atau kafe, hadir secara fizikal ke tempat kerja dan melakukan senaman di gim. 

Analisis itu juga menyenaraikan beberapa aktiviti lain yang membawa risiko sangat rendah untuk dijangkiti Covid-19.

Ads by Kiosked

Antaranya, tiada risiko tinggi bagi individu yang mengunjungi teater, pawagam, konsert, acara sukan atau pergi ke salon kecantikan dan kedai gunting rambut. –  AGENSI   

Tiada ulasan: