02 April 2008

Pakatan Rakyat saingan baru Barisan Nasional

PETALING JAYA 1 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS hari ini bersetuju menggunakan perkataan “Pakatan Rakyat” bagi menggambarkan kerjasama tiga parti itu, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan membawa perkara itu kepada parti masing-masing untuk persetujuan.

“Nama Pakatan Rakyat ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat antara ketiga-tiga pihak itu di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar berkata, bagi memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat, satu Majlis Pimpinan yang terdiri daripada tiga ketua parti itu akan diwujudkan selain satu Sekretariat Bersama yang mempunyai wakil setiap parti.

Pakatan ini sekaligus memecah kebuntuan yang hampir menjangkau 10 tahun. Beberapa penganilisa politik menjangkakan dengan adanya pakatan baru ini mempercepatkan lagi perubahan landskap politik Malaysia dalam mengisi 50 tahun kemerdekaan akan datang.

Kaya hati..

“Barangsiapa memudahkan kesukaran seseorang, Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat” (HR. Muslim).

Tidak mudah merasakan bagaimana sesungguhnya hidup susah, kecuali oleh orang-orang yang sedang mengalami kesusahan hidup. Seperti halnya perasaan saudara-saudara kita yang sedang hidup di rumah-rumah setinggan atau kem-kem pelarian sementara yang kemudahannya serba kekurangan. Dengan demikian, hanya orang orang tertentu yang mampu merasakan perasaan susahnya orang lain, terutama orang-orang yang tergolong sebagai kaya hati.

Bahkan dalam suatu hadits, Rasulullah SAW mengatakan bahwa kekayaan yang sesungguhnya ialah kaya hati. Hal ini memang sangat kuat alasannya. Orang yang kaya hati, meskipun tidak kaya harta, akan tetap berusaha untuk menunjukkan keperihatinannya terhadap orang lain. Sebaliknya, orang yang kaya harta, namun tidak kaya hati, tidak akan mudah perihatin terhadap nasib orang lain, terutama orang orang yang hidup dalam kesusahan.

Sebagaimana dikatakan dalam hadits di atas, orang yang kaya hati sehingga mahu membantu meringankan beban orang susah akan mendapatkan sekurang-kurang dua kemudahan. Pertama, kemudahan hidup sewaktu di dunia. Ada saja pertolongan yang diperolehnya, meskipun bukan melalui orang yang pernah dibantunya. Allah mengirim bantuan melalui tangan hamba hambaNya yang lain. Kedua, pahala yang akan membantunya sewaktu ditimbang amalnya di hari akhirat kelak.

Oleh itu perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dimasukkan ke dalam golongan yang kaya hatinya. Jangan sampai kita menjadi orang yang mati sebelum dimatikan oleh Allah SWT iaitu orang yang mati hatinya.

Malaysia ada 500,000 laman blog

KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008

Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya di sini hari ini.


Komen Karpal mengenai tindakan Siva

PULAU PINANG 1 April – Pengerusi DAP, Karpal Singh kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam memburukkan nama baik parti dengan “bermain tarik tali” dalam soal peletakan jawatan dan hasrat untuk keluar daripada parti itu semalam.



Beliau berkata, tindakan ADUN itu bukan sahaja menjejaskan imej parti malah memalukan diri sendiri apabila menarik balik keputusannya selepas beberapa jam mengumumkan perletakan semua jawatan dalam parti serta keluar daripada parti itu.

“Perkara ini bukan boleh main-main. Saya tidak faham kenapa beliau buat seperti ini dan saya tidak boleh terima perbuatan seperti ini,”

01 April 2008

Siapakah kita ?

Tidak akan datang hari kiamat sehingga orang jahat semakin bertambah dan orang terhormat semakin berkurang (HR. Tirmidzi).

Kata kata terhormat di akhir zaman seperti sekarang ini kerap disalah artikan. Terhormat kadangkala disandangkan pada orang orang yang banyak menghabiskan waktu hidupnya untuk berlomba-lomba untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang sebenarnya tidak terhormat. Contohnya, memuaskan hawa nafsu sendiri dengan menyalah gunakan amanah.


Padahal dalam suatu hadits qudsi diisyaratkan, salah satu cara menilai diri kita adalah dengan mendengar perilaku-perilaku kita dari orang lain. Misalnya,periksalah apa kata orang terhadap pribadi-pribadi “terhormat” yang menipu rakyat dengan projek-projek kebendaan, pribadi-pribadi “terhormat” yang bersumpah untuk mewakili rakyat namun ternyata lebih mewakili keinginan pribadi, atau pribadi-pribadi “terhormat” yang lebih mementingkan kroni berbanding membela nasib rakyat. Siapapun yang berhati jujur pasti malu mengakui diri terhormat bila mendengar dirinya berperilaku demikian dan bahkan benci kalau perbuatan perbuatan demikian dilakukan orang lain.


Namun akhir zaman seperti sekarang ini, rasa malu dan kejujuran telah mula padam dari hati kebanyakan manusia. Itulah sebabnya, orang-orang yang benar-benar terhormat, iaitu orang-orang yang masih jujur dan memiliki rasa malu untuk berbuat jahat, telah menjadi kaum yang sedikit atau langka. Sehingga dalam sejumlah keputusan yang harus dibuat, jarang dimenangkan oleh orang-orang yang sedikit ini kerana jumlah undi suaranya yang sedikit. Namun demikian, menurut Rasulullah SAW, pada hakikatnya orang-orang yang sedikit itulah yang menang kerana telah menang dari pertempuran melawan hawa nafsu.

ADUN DAP Perak batal hasrat keluar parti

IPOH 31 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buntong, A.Sivasubramaniam membatalkan hasrat meletak jawatan dan keluar parti, beberapa jam selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak petang ini, Sivasubramaniam berkata, tindakan itu akibat salah faham dan beliau memohon maaf kepada semua pihak.

“Saya memohon maaf kerana tindakan saya itu dibuat kerana salah faham...saya dengan ini menarik balik surat yang telah dihantar,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Surat peletakan jawatan wakil rakyat Buntong itu turut difakskan ke pejabat-pejabat media di sini pagi ini dan Koo Ham dalam sidang akhbar tengah hari tadi mengesahkan menerima surat itu tetapi berkata bahawa kesahihannya belum dipastikan kerana beliau tidak dapat menghubungi Sivasubramaniam.


Dalam surat itu, Sivasubramaniam, 41, mendakwa agihan jawatan Exco kerajaan negeri untuk dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh Ngeh sebelum ini.
Koo Ham berkata, beliau berjaya menghubungi Sivasubramaniam pada pukul 5 petang ini dan mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat Buntong itu.


“Seperti yang saya jangka, keputusan yang diambil oleh Sivasubramaniam adalah berpunca daripada salah faham dan kami mengambil masa kurang lima minit untuk menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya.


Beliau berkata, isu kekurangan wakil kaum India dalam pentadbiran kerajaan campuran timbul kerana beliau sebelum ini tidak mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk melantik wakil kaum India sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.


“Saya tidak mengumumkannya kerana menghormati Dewan dan Menteri Besar...pelantikan Speaker dibuat oleh Dewan dan ia belum bersidang...sekarang saya terpaksa umum kerana telah berlaku salah faham. Kita menghargai dan menghormati sokongan kaum India dan memang akan menunaikan janji melantik dua wakil India dalam kerajaan negeri,” katanya.


Menurutnya lagi, kerajaan negeri Perak juga akan memastikan wakil wanita turut dilantik memegang jawatan yang sesuai dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui pelantikan majlis kerajaan tempatan, agensi kerajaan negeri, senator dan anak-anak syarikat.Beliau yang juga Exco kanan berkata, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan kaum India atau wanita.


Daripada 10 anggota Exco Perak yang baru, hanya A.Sivanesan, juga daripada DAP dilantik memegang portfolio Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.


Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Sivasubramaniam yang merupakan Timbalan Setiausaha DAP Perak, menewaskan calon Barisan Nasional Lee Tung Lai dengan majoriti 5,315 undi.
Kerajaan campuran Perak diwakili 18 wakil rakyat DAP, tujuh PKR dan enam PAS dan jika Sivasubramaniam keluar parti, kerajaan berkenaan akan hanya tinggal 30 kerusi dan bakal memerintah dengan majoriti satu kerusi. DUN Perak mempunyai 59 kerusi dan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang menguasai 28 kerusi.

Portfolio anggota Exco Perak diumumkan


IPOH 31 Mac — Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lepas dan portfolio yang dipegang Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Senarai portfolio bagi 10 anggota Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil PAS, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:

1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.

2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.

3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.

5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.

6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.

7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.

8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.

9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

ADUN DAP Buntong di Perak keluar parti

KUALA LUMPUR 31 Mac - Krisis kerajaan campuran di Perak masih belum selesai apabila menerima tamparan terbaru ekoran pengumuman Ahli Dewan Undangan (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam meletak semua jawatan dan keluar dari parti itu.

Sivasubramaniam dalam surat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang salinannya dihantar kepada media, beliau berkata keputusan itu dibuat kerana tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham.

Katanya, Khoo Ham tidak menunaikan janji untuk mengagihkan kerusi Exco kepada dua pemimpin India yang dianggapnya sebagai tamparan dan penipuan kepada kaum itu di Perak.

31 Mac 2008

Takut kepada Allah

“Barangsiapa tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikannya takut kepada segala sesuatu” (HR. Baihaqi).

Di awal awal pelantikan para pemimpin seperti sekarang ini, kita rindu rasanya akan kata-kata pemimpin rakyat seperti apa yang dikatakan salah seorang pemimpin rakyat masa lalu, "Andaikan negeri ini makmur, maka biarlah rakyat yang pertama sekali menikmatinya dan saya yang terakhir menikmatinya. Namun apabila negeri ini menderita biarlah saya yang akan pertama sekali merasakannya.” Jangan sampai terucap kata kata: "Terserah negeri ini menjadi makmur atau melarat, yang penting saya selalu menikmati kemakmuran dan kemewahan, pedulikan mereka semua kerana aku sekarang sudah berkuasa."

Ucapan kata-kata yang disebut terakhir ini boleh terjadi bila orang yang diserahi kekuasaan untuk mengurus atau memperhatikan rakyat nantinya hanya memperjuangkan hak peribadi sendiri secara berlebihan dengan membuat keputusan secara bersendiri. Umpamanya, keputusan-keputusan untuk kepentingan peribadi atas nama rakyat. Sedangkan di saat yang sama, cukup banyak rakyat dalam wilayah kekuasaannya sedang dihimpit dengan kemiskinan.

Perilaku mementing diri sendiri dengan mengabaikan amanah memberi makna seseorang pemimpin itu tidak takut terhadap Allah. Sebab, peraturan-peraturan Allah yang harus dipenuhi oleh orang-orang yang diserahi kekuasaan mengurus rakyat ialah amanah yang berat dan besar. Apalagi seperti dikatakan Rasulullah SAW, "siapa saja yang tidak takut kepada Allah akan takut kepada yang lain". Kenyataannya, tidak sedikit orang yang lebih takut tidak kaya raya di saat memegang jawatan berbanding takut kepada Allah dengan memenuhi amanah. Semoga kita tidak demikian .

Menteri Besar Terengganu Angkat Sumpah

KUALA TERENGGANU 30 Mac — Tiga hari selepas mendapat sokongan Majlis Tertinggi UMNO terhadap pelantikannya sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini mengangkat sumpah bagi jawatan itu.

Istiadat yang diadakan di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berlangsung di Balairong Seri, Istana Maziah di sini.

Selesai melafazkan sumpah jawatan dan ikrar taat setia sebagai Menteri Besar, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal yang berusia 51 tahun itu kemudian menandatangani surat pelantikannya.

Ahmad, yang berpakaian baju Melayu serba hitam, kelihatan tenang sepanjang berlangsungnya majlis itu.

Istiadat itu turut disaksikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Adun Jertih serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Adun Rhu Rendang serta semua Adun Terengganu menghadiri istiadat hari ini.

Melayu sudah hilang kuasa – Ku Li

KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan.

“Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh.

“Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini.

“Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi.

Sultan Kelantan rakam tahniah kepada Menteri Besar

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra merakam ucapan tahniah kepada Menteri Besar dan ahli-ahli Exco serta wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya umum Ke-12, 8 Mac lalu.




Oleh itu titah baginda kerajaan negeri yang baru dibentuk diharap dapat melaksanakan pembangunan bagi membolehkan rakyat hidup aman dan sejahtera.

Baginda bertitah, ahli Exco perlu memainkan peranan berdasarkan portfolio masing-masing secara bijaksana mengikut saluran yang ditetapkan.

Jadilah pemimpin yang bertakwa dan ingatlah kita akan mati dan orang di sekeliling kita tahu apa yang dilakukan.

Elakkan pembaziran di samping mengambil langkah yang lebih berkesan dan mantap bagi menjana sumber pendapatan negeri.

Pastikan perbelanjaan kerajaan diurus tadbir dengan baik dan cekap di samping mencari sumber baru bagi peningkatan punca hasil negeri dengan menjadikan sumber mineral seperti minyak dan emas sebagai sumber baru,titahnya pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-58 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Sebelum itu baginda memeriksa perbarisan dan menerima tabik hormat daripada pasukan keselamatan di Padang Merdeka.

Sultan Kelantan juga menyeru semua pihak supaya memelihara sumber hasil negeri dengan merancang pembangunannya sebaik mungkin dan mematuhi undang-undang serta peraturan berkaitan.

Terdahulu baginda menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah Kebesaran kepada seramai 79 penerima.

30 Mac 2008

Menuju Keampunan Allah

“Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat seorang hamba selama roh belum sampai ke tenggorokan” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Tirmidzi).

Meskipun terlalu sibuk dengan berbagai urusan (dunia), kita sebaiknya sentiasa menyempatkan diri untuk merenung tentang diri setiap hari. Jangan-jangan kita sudah lama tenggelam dalam k dosa, namun tak pernah berusaha untuk keluar melalui lorong-lorong ampunan. Atau, jangan-jangan dosa yang dihasilkan dari perbuatan salah tidak seimbang dengan usaha mencari keampunan, sehingga sisa-sisa dosa terus bertambah dan bertambah. Sebagai hamba, kita dianjurkan untuk tidak putus asa dalam mencari keampunan Allah.


Apalagi keampunan Allah tidak sepayah mendapatkan keampunan manusia. Seringkali keampunan manusia baru didapat setelah bertahun-tahun dipenjarakan. Namun keampunan Allah dengan segera didapati setelah taubat dilakukan. Hal ini jelas dikatakan "Allah SWT membuka tangsanNya di waktu malam agar bertaubat orang yang bersalah di siang hari, dan membuka tanganNya di waktu siang agar bertaubat orang yang berdosa di malam hari, sampai terbit matahari dari sebelah barat” (HR. Muslim). Dalam hadits di atas, bahkan, ampunan boleh didapati meskipun hidup kita di dunia ini akan segera berakhir.

Hadits yang disebutkan terakhir tentunya sama sekali tidak bermaksud agar kita boleh menunda-nunda mencari keampunan Allah. Sebab, kematian akan datang dengan mengejut.Oleh karena itu, carilah diri kita hari ini dan kembalikan diri ke jalan Allah selagi masih ada kesempatan.

Kecintaan kepada Rasul

Dari Anas radhiallahu anhu , dari Nabi shallallahu alaihi wasalam , bahwasanya beliau shallallahu alaihi wasalam bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih)


Saat ini, di tengah-tengah masyarakat sedang rancak berbagai aktiviti yang mengatasnamakan cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam .Kecintaan kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasalam adalah perintah agama. Tetapi untuk melahirkan cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasalam tidak boleh kita lakukan menurut selera dan hawa nafsu kita sendiri. Sebab jika cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam itu kita lahirkan secara serentak tanpa menghiraukan syari'at agama maka bukannya pahala yang kita terima, tetapi malahan mendatang dosa.

Dengan berpandukan kepada hadits shahih di atas, mari kita membahas perkara-perkara berikut ini: Kewajiban cinta kepada Rasul shallallahu alaihi wasalam , kenapa harus cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam ?, apa tanda-tanda cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam ?, bagaimana agar mencintai Rasul shallallahu alaihi wasalam ?

1. Kewajiban Cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam

Hadits shahih di atas adalah dalil tentang wajibnya mencintai Nabi shallallahu alaihi wasalam dengan kualiti cinta tertinggi. Yakni kecintaan yang benar-benar melekat di hati yang mengalahkan kecintaan kita terhadap apapun dan siapapun di dunia ini. Bahkan meskipun terhadap orang-orang yang paling dekat dengan kita, seperti anak-anak dan ibu bapa kita. Bahkan cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam itu harus pula mengalahkan kecintaan kita terhadap diri kita sendiri.

Dalam Shahih Al-Bukhari diriwayatkan, Umar bin Khathab radhiallahu anhu berkata kepada Nabi shallallahu alaihi wasalam : "Sesungguhnya engkau wahai Rasulullah, adalah orang yang paling aku cintai daripada segala sesuatu selain diriku sendiri." Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda, 'Tidak, demi Dzat yang jiwaku ada di TanganNya, sehingga aku lebih engkau cintai dari dirimu sendiri'. Maka Umar berkata kepada beliau, 'Sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.' Maka Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda, 'Sekarang (telah sempurna kecintaanmu (imanmu) padaku) wahai Umar."

Karena itu, barangsiapa yang kecintaannya kepada Nabi shallallahu alaihi wasalam belum sampai pada tingkat ini maka belumlah sempurna imannya, dan ia belum boleh merasakan manisnya iman hakiki sebagaimana disebutkan dalam hadits shahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Anas radhiallahu anhu , dari Nabi shallallahu alaihi wasalam , beliau bersabda:

"Ada tiga perkara yang bila seseorang memilikinya, niscaya akan merasakan manisnya iman, 'Yaitu, kecintaannya pada Allah dan RasulNya lebih dari cintanya kepada selain keduanya......"

2. Kenapa Cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam ?

Tidak akan mencapai derajat kecintaan kepada Rasul shallallahu alaihi wasalam secara sempurna kecuali orang yang mengagungkan urusan din (agama)nya, yang keinginan utamanya adalah merealisasikan tujuan hidup, yakni beribadah kepada Allah Ta'ala. Dan selalu mengutamakan akhirat daripada dunia dan perhiasannya.

Cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam inilah dengan izin Allah menjadi sebab bagi kita mendapatkan hidayah (petunjuk) kepada agama yang lurus. Karena cinta Rasul pula, Allah menyelamatkan kita dari Neraka, serta dengan mengikuti beliau shallallahu alaihi wasalam kita akan mendapatkan keselamatan dan kemenangan di akhirat.

Adapun cinta keluarga, isteri dan anak-anak maka ini adalah jenis cinta duniawi. Sebab cinta itu lahir karena mereka memperoleh kasih sayang dan manfaat kebendaan. Cinta itu akan muncul dengan sendirinya saat datangnya Hari Kiamat. Yakni hari di mana setiap orang berlari dari saudara, ibu, bapak, isteri dan anak-anaknya karena sibuk dengan urusannya sendiri. Dan barangsiapa lebih mengagungkan cinta dan hawa nafsunya kepada isteri, anak-anak dan harta benda duniawi maka cintanya ini akan boleh mengalahkan kecintaannya kepada para ahli agama, terutamanya Rasul shallallahu alaihi wasalam .

3. Tanda-tanda Cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam

Cinta Nabi shallallahu alaihi wasalam tidaklah berupa kecenderungan sentimental dan romantik pada saat-saat khusus, misalnya dengan peringatan-peringatan tertentu. Cinta itu haruslah benar-benar murni dari lubuk hati seorang mukmin dan sentiasa melekat di hati. Sebab dengan cinta itulah hatinya menjadi hidup, melahirkan amal shalih dan menahan dirinya dari kejahatan dan dosa.

Adapun tanda-tanda cinta sejati kepada Rasul shallallahu alaihi wasalam adalah:

a. Mentaati beliau shallallahu alaihi wasalam dengan menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya. Pecinta sejati Rasul shallallahu alaihi wasalam manakala mendengar Nabi shallallahu alaihi wasalam memerintahkan sesuatu akan segera menunaikannya. Ia tidak akan meninggalkannya meskipun itu bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsunya. Ia juga tidak akan mendahulukan ketaatannya kepada isteri, anak, orang tua atau adat kaumnya. Sebab kecintaannya kepada Nabi shallallahu alaihi wasalam lebih dari segala-galanya. Dan memang, pecinta sejati akan patuh kepada yang dicintainya.

Adapun orang yang dengan mudah-nya menyalahi dan meninggalkan perintah-perintah Nabi shallallahu alaihi wasalam serta melakukan berbagai kemungkaran maka pada dasarnya dia jauh lebih mencintai dirinya sendiri. Sehingga kita saksikan dengan mudahnya ia meninggalkan sembahyang lima waktu, padahal Nabi shallallahu alaihi wasalam sangat mengagungkan perkara ini, hingga ia diwasiatkan pada detik-detik akhir sakaratul mautnya. Dan orang jenis ini, akan dengan ringan pula melakukan berbagai larangan agama lainnya. Na'udzubillah min dzalik.

b. Menolong dan mengagungkan beliau shallallahu alaihi wasalam . Dan ini telah dilakukan oleh para sahabat sesudah beliau wafat. Yakni dengan memasyarakatkan, menyebarkan dan mengagungkan sunnah-sunnahnya di tengah-tengah kehidupan umat manusia, betapapun tentangan dan resiko yang dihadapinya.

c. Tidak menerima sesuatupun perintah dan larangan kecuali melalui beliau shallallahu alaihi wasalam , rela dengan apa yang beliau tetapkan, serta tidak merasa sempit dada dengan sesuatu pun dari sunnah-nya . Adapun selain beliau, hingga para ulama dan shalihin maka mereka adalah pengikut Nabi shallallahu alaihi wasalam .Tidak seorang pun dari mereka boleh diterima perintah atau larangannya kecuali berdasarkan apa yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wasalam .

d. Mengikuti beliau shallallahu alaihi wasalam dalam segala halnya. Dalam hal shalat, wudhu, makan, tidur dsb. Juga berakhlak dengan akhlak beliau shallallahu alaihi wasalam dalam kasih sayangnya, rendah hatinya, kedermawanannya, kesabaran dan zuhudnya dsb.

e. Memperbanyak mengingat dan shalawat atas beliau shallallahu alaihi wasalam . Mengharapkan boleh bermimpi melihat beliau. Dalam hal shalawat Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda:

"Barangsiapa bershalawat atasku sekali, niscaya Allah bershalawat atasnya sepuluh kali." (HR. Muslim).

Adapun bentuk shalawat atas Nabi shallallahu alaihi wasalam adalah sebagaimana yang beliau ajarkan. Salah seorang sahabat bertanya tentang bentuk shalawat tersebut, beliau menjawab: "Ucapkanlah:

( Ya Allah, bershalawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad)." (HR. Al-Bukhari No. 6118, Muslim No. 858).

f. Mencintai orang-orang yang dicintai Nabi shallallahu alaihi wasalam . Seperti Abu Bakar, Umar, Aisyah, Ali radhiallahu anhum dan segenap orang-orang yang disebutkan hadits bahwa beliau shallallahu alaihi wasalam mencintai mereka. Kita harus mencintai orang yang dicintai beliau dan membenci orang yang dibenci beliau shallallahu alaihi wasalam . Lebih dari itu, hendaknya kita mencintai segala sesuatu yang dicintai Nabi, termasuk ucapan, perbuatan dan sesuatu lainnya.

4. Bagaimana Agar Mencintai Nabi shallallahu alaihi wasalam ?

a. Hendaknya kita ingat bahwa Nabi shallallahu alaihi wasalam adalah orang yang paling baik dan paling berjasa kepada kita, bahkan hingga dari orang tua kita sendiri. Beliau lah yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya, yang menyampaikan agama dan kebaikan kepada kita, yang memperingatkan kita dari kemungkaran. Dan kalau bukan karena rahmat Allah yang mengutus beliau shallallahu alaihi wasalam , tentu kita telah tenggelam dalam kesesatan.

b. Renungkanlah perjalanan hidup Nabi shallallahu alaihi wasalam , jihad dan kesabarannya serta apa yang beliau korbankan demi tegaknya agama ini, dalam menyebarkan tauhid serta memadamkan syirik, sungguh suatu upaya yang tidak boleh dijangkau oleh siapapun.

c. Renungkanlah keagungan akhlak Nabi shallallahu alaihi wasalam , sifat dan sikapnya yang sempurna, rendah hati kepada kaum mukminin dan keras terhadap orang-orang munafik dan musyrikin, pemberani, dermawan dan penyayang. Cukuplah sanjungan Allah atas beliau shallallahu alaihi wasalam :

"Dan sungguh engkau memiliki akhlak yang agung".

d. Mengetahui kedudukan beliau shallallahu alaihi wasalam di sisi Allah Ta'ala. Beliau shallallahu alaihi wasalam adalah orang yang paling mulia di antara segenap umat manusia, penutup para Nabi, yang diistimewakan pada hari Kiamat atas segenap Nabi untuk memberikan syafa'at uzhma (agung), yang memiliki maqam mahmud (kedudukan terpuji), orang yang pertama kali membuka pintu Syurga serta berbagai keutamaan beliau lainnya. .

(Disadur dari Abu Okasha)

Amanah


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)