16 Februari 2009

Nizar hadir Majlis Santapan Diraja Perak

KUALA KANGSAR, 14 Feb :- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam ini berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini.

Majlis santapan sempena perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang jatuh pada 3 Februari lepas turut dihadiri Sultan negeri-negeri kecuali Johor, Perlis dan Negeri Sembilan, serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Dipertua negeri-negeri.

Sultan Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar manakala Raja Perlis pula diwakili Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin.

Terengganu pula diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar Perak kudeta, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, barisan Exco kudeta kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perak termasuk Menteri BesarPakatan Rakyat yang masih sah , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beberapa hari lepas dalam satu sidang akhbar, Nizar mengumumkan dia akan hadir dalam Majlis pada malam tadi seperti biasa dan dia membuktikannya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada gambar tak YB?

bootie berkata...

sokongan buat menteri besar perak yang sebenarnya YB Dato Sri Nizar. Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam, yang kita lawan UMNO/BN bukan Tuanku Sultan!

Tanpa Nama berkata...

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

selamat berjuang dato seri..
kami sentiasa menyokong anda!!

Brahim Nyior berkata...

Ada tak beza layanan daripada Duli Tuanku terhadap ADUN PR?

Saya harap tuanku tidak bertindak sehingga menyebabkan rakyat bertambah 'jauh' daripada istana...

Tanpa Nama berkata...

Drs.Kehadiran ADUN PR adalah wajar.Mewakili rakyat dr Dewan Undangan Negeri masing masing.Yang tak hadir tu kena beri surat tunjuk sebab persis tak hormat yg menjemput. Dang Ratna Kesuma.

joe berkata...

yang benar tetap benar,semoga perjuangan dato'seri membuahkan impak perjuangan yang jitu dan perkasa...hidup rakyat..hidup..hidup...