16 Februari 2009

Zamry tidak tanding MT, tumpu pembangunan atau takut kalah.

Menteri Besar Perak yang tidak sah , Zambry Abdul Kadir menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti bulan depan atas alasan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri.

Namun saya melihat sebenarnya dia takut kalah dalam pemilihan yang akan dihadapinya tidak berapa lama lagi itu. Tindakannya melakukan rampasan kuasa di Perak sebenarnya telah menimbulkan kemarahan rakyat bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara.

Alasannya Menteri Besar menuntut beliau memberikan tumpuan penuh kepada negeri dan terpaksa melupakan sementara hasrat menyertai pertandingan dalam parti.

Zambry akan di hukum akibat kebiadapannya melanggar peraturan dan undang-undang yang sedia ada dan saya pun menjangkakan kalau beliau bertanding dia pasti akan kalah.

Berapa ramaikah sebelum dari ini seorang menteri besar berjaya dalam perebutan kerusi UMNO itu, alasannya seakan dibuat-buat untuk melindungi masalah sebenar itu.

"Sekiranya saya tidak menarik diri, saya terpaksa menjelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan diri dan berjumpa dengan seluruh perwakilan. Katanya, persoalannya adakah sebelum ini masa tidak mencukupi untuk dia menjelajah negara berkempen. Dia Jadi MB kudeta baru beberapa hari ini.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan dari 24 hingga 28 Mac ini.

4 ulasan:

Penulis berkata...

ORGIUM memanglah gitu. Kecintaannya kepada dunia tak seimbang.

Tanpa Nama berkata...

Sapa tu zambri haa? oghang tak kenai pun dia ni. K

Tanpa Nama berkata...

Takkan MB PALSU ni nak gali kubur dia sendiri!

Tanpa Nama berkata...

tk pyhlh kamu nk menjelajah negara mempeknlkn diri,kamu skrg dh cukup terkenal seluruh dunia tau kamu ketua sebuah KERAjaan HARAM yg kedua wujud didunia ini selepas shimon peres!