16 Februari 2009

UMNO Sebenarnya Penderhaka Kepada Raja !

Sejak akhir-akhir ini kami dituduh kononnya menderhaka kepada Raja-raja Melayu dengan pihak berkenaan mengemukakan hujah-hujah palsu dan direka-reka. Sebenarnya kita ada banyak hujah dan fakta yang menarik yang membuktikan sebetulnya UMNO lah yang telah menderhaka kepada Raja.

Saya telah menerima satu email dari individu yang memperkenalkan dirinya "Pas for All"(pastbbps@gmail.com), sebanyak empat keping gambar dikirim oleh beliau sebagai bukit betapa umnolah penghianat kepada bangsa Melayu yang telah menderhaka kepada Raja Melayu secara terang-terangan.

Mungkin sebagaimana kata pepatah, baling batu sembunyi tangan, telunjuk lurus kelingking berkait..itulah wajah UMNO dan pemimpinnya yang sebenarnya.Terang lagi bersuluh merekalah yang menderhaka kepada Sultan dan Raja Melayu.

Tudingan jari ditujukan kepada PAS dan PR dalam isu yang sama di Perak. kenapakah UMNO masih tidak serik dengan kisah lama yang menghiasi persada sejarah bahawa merekalah yang telah telah lama berperangai menderhaka kepada Raja.

Antara yang kita boleh baca dalam resolusi UMNO Selangor yang mempunyai empat perkara yang dikemukakan oleh Umno Selangor kepada Perhimpunan Agong Umno pada tahun1991:-

Pertama- Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau tidak melalui 'Kapitan Cina'.

Kedua- Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka – yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.

Ketiga-Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

Keempat-Supaya Perhimpunan Agong Umno memberi mandat penuh kepada Dato' Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengetuai isu raja-raja ini secara umumnya samada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Paku dulang paku serpih, mengata orang ....yang labih.

Tanpa Nama berkata...

Harapan kita Tuanku Sultan/Raja2 Melayu lebih tahu daripada kita rakyat biasa ni, Tuanku Sultan Perak byk kena belajo dgn Tuanku Sultan Tganu/Agong dlm menangani isu ni walaupun baginda lebih muda.

Unknown berkata...

sila kunjungi laman saya

http://adliishak.blogspot.com/

yang benar tetap benar, dan kebathilan pasti tersungkur akhirnya....

mrafizi berkata...

Marilah kita bersatu atas nama Islam.

Hentikan tunding menunding jari sesama umat.