12 Mac 2009

25 NGO mohon bubarkan DUN

IPOH – Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak sepakat menghantar Referandum Kembalikan Hak Rakyat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi Jaringan Per-muafakatan Pertubuhan Islam Negeri, Zulkifly Ibrahim berkata, referendum itu untuk menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap keputusan Sultan Azlan Shah yang dianggap tidak telus dalam pelantikan kerajaan baru.

“Rakyat bukan bermaksud untuk melawan atau menderhaka kepada Sultan Azlan Shah, tetapi mereka (rakyat) hanya mahukan hak sebagai untuk menentukan pemimpin yang diyakini boleh membela nasib rakyat.

“Pengambilalihan kerajaan oleh Ba-risan Nasional (BN) daripada Pakatan Rakyat (PR) adalah satu pelanggaran perlembagaan yang dianggap sebagai kemuncak penderhakaan serta pengkhianatan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zulkifli berkata, Sultan Perak perlu menimbangkan lima usul iaitu mendapatkan mandat baru dari rakyat supaya DUN dibubarkan dengan mengadakan pilihan raya umum negeri.

Katanya, mereka juga mahu pelantikan Menteri Besar kudeta, Zambry Abdul Kadir dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri kudeta digantung sehingga DUN bersidang untuk menentukan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diluluskan selaras peruntukan Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Perlembagaan Negeri.

“Kita memohon supaya pihak keselamatan berlaku adil dan menjalankan tugas secara profesional demi mengelakkan rakyat diperlakukan secara kasar serta tidak berperikemanusiaan.

“Seterusnya, 25 NGO ini menyeru perintah Paduka Seri Sultan agar semua media perdana menghentikan penyebaran fitnah dan menghasut kerajaan sedia ada yang boleh membangkitkan perasaan perkauman serta boleh mengancam keamanan awam,” katanya.

Setiausaha Kumpulan Prihatin Negeri, Mohd Nazri Sahat berkata, bermula 19 Februari lalu rakyat telah dipertontonkan dengan pelbagai adegan dan proses rampasan kuasa yang menyayat hati.

“Penyelesaian terbaik dicadangkan, ialah pembubaran DUN dan menyerahkan kembali hak menentukan kerajaan di tangan rakyat melalui pilihan raya,” katanya.sinarharian

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Sultan Azlan berkenan membubarkan DUN Perak bagi mengakhiri kemelut yang tidak berkesudahan.

Tanpa Nama berkata...

dulu tuanku yg suruh m.nizar letak jawatan, patutnya 3 katak tu dibuang kelombong..... udah perak huru-hara... tuanku senyap,rakyat tertunggu-tunggu... elok tuanku muhasabah diri, jgn sampe rakyat memberontak macam hang jebat

Tanpa Nama berkata...

Drs,Seorg kenalan UMNO mendabik dada mengatakan tidak ada tanda tanda yg DYMM Sultan Perak akan memperkenankan hasrat PR agar DUN dibubarkan.Ini berdasarkan ucaptama Raja Nazrin dlm majlis yg dihadiri nya seakan menyindir PR.Rakyat disanggahi oleh istana kerana kurang sopan meluahrasa di blog.Apa sudah nya YB? Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Tuan DRs, macamna berita ni pula..
Raja-Raja Melayu Berhak Untuk Bubar DUN Atau Tidak
Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua negeri-negeri tidak terikat dengan nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri, dan mereka berhak serta berkuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau tidak.

Menurut pakar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari terdapat banyak peruntukan dalam undang-undang bahawa Raja-Raja Melayu boleh membuat keputusan mengikut budi bicara baginda.

"Dalam soal krisis politik Perak, Sultan Azlan Shah tidak bersalah kerana tidak mengikut nasihat Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon supaya DUN Perak dibubarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum 'Raja Berperlembagaan: Isu Politik Semasa' anjuran Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini Khamis