14 Mac 2009

Norza tidak lepas jawatan kerana tuduhan rasuah, juga akan bertanding lagi !

TEMERLOH: Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan rasuah, berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, kata Mohamad Norza, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan Umno yang akan diadakan hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Keadaan ini mengambarkan bahawa masalah dalaman UMNO berkaitan rasuah yang dilaporkan oleh Mazlan Harun dan Kadar Ninam Shah yang menegaskan akan mengambil tindakan memohon injunksi mahkamah sekiranya pucuk pimpinan Umno tidak menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum pemilihan Umno menjadi semakin serius.

Dua tuduhan rasuah Mohamad Norza itu didakwa dilakukannya pada 6.30 petang 20 Jan lepas di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Sambil menitiskan air mata, Mohamad Norza yang ditemui pemberita selepas kesnya disebut di mahkamah, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti.

Mohamad Norza yang ditenangkan oleh beberapa pengikutnya, berkata beliau akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sangat bersimpati kpd datuk norza.... walaupun beliau telah banyak berjasa dan berkorban kepada umno tapi diperlakukan spt ini.... ternyata beliau telah dijadikan kambing hitam sebelum pemilihan umno diadakan,satu komplot utk memusnahkan karier politik beliau... saya dgn ikhlas hati menjemput datuk norza utk menyertai pakatan rakyat demi mencari keadilan dlm politik...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. dah..dah..dah...
xpayah nak masuk PR.. dah tersepit baru nak masuk PR. Klau dulu BN la yg pembela rakyat. BN la yg adil. Najib la ulama yg maksum. Sekarang menangis kunun... Kan ke bagus dia menangis kerana insaf akan kesalahan2 dia selama ini kerana mengkianati rakyat. ni menangis sbb takut x dpt bertanding.. menangis takut elaun x dpt lagi... pooodahhhhh....
boleh blah laaa norza.. hang p jilat la buntut najib tu lagi... dasar syitan bertopengkan manusia.. rakussssssssss....

(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

Itulah nasib orang UMNO. Bila dah tak berguna dan dilanda masalah, tanggunglah sendiri.
Arwah bapa saya ahli UMNO dan pernah memegang jawatan ketua cawangan. Bila musim pilihanraya kecil, rumah buruk kami didatangi menteri dan VIP. Mujurlah di penghujung hayat arwah menyertai PAS. Semasa menderita penyakit Parkinson selama berbelas tahun satu muka UMNO pun tak datang jenguk atau beri bantuan. Yang datang Taib Azamuddin, memberi semangat kerana kebetulan beliau datang berceramah di tempat kami.