14 Mac 2009

PAC Perak bermesyuarat 23 Mac ini, MB kudeta dipanggil sekali lagi.

IPOH: Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak akan bermesyuarat pada 23 Mac ini bagi membolehkan kehadiran Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Pengerusinya yang juga merupakan ADUN Canning, Wong Kah Woh, berkata Ahmad Kamal telah menulis surat kepada jawatankuasa itu untuk memohon satu tarikh baru mesyuarat kerana beliau berada di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.

"Selain itu, jawatankuasa akan memanggil ketiga-tiga penasihat menteri besar kudeta iaitu Datuk Chang Ko Youn, Datuk S Veerasingam dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz serta ketua penerangan negeri Datuk Hamid Abu Bakar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAC di sini hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga tidak akan memanggil semula Menteri Besar kudeta, Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim Wong pada mesyuarat akan datang kerana kedua-dua mereka telah menunjukkan ketiadaan niat untuk menghadirinya.

Katanya PAC telah memberi peluang kepada mereka untuk menjelaskan semuanya tetapi mereka gagal untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, jawatankuasa itu telah pergi ke pejabat ketiga-tiga penasihat menteri besar dan ketua penerangan negeri untuk memastikan ia beroperasi atau tidak.

Pada 5 Mac lalu, Zambry tidak menghadiri mesyuarat PAC tetapi hanya YAB. Menteri Besar Negeriperak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hadir pada mesyuarat khas itu yang bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis kepimpinan di negeri itu.

Krisis rampasan kuasa di perak nampaknya dalam satu tindakan yang tanpa sedar juga melibatkan rampasan kuasa mengurus kewangan negeri.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasalah kalau orang yang bersalah ni hati dia memang tak senang.Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pitis... kata orang terengganu.Bn ni memang muka tak malu bila melibatkan rompakkan duit rakyat.Saya harap kerajaan pakatan rakyat setiap negeri dedahkan kepada rakyat dan orang umno bertapa rangusnya pemimpin mereka merompak duit rakyat.Kalau boleh dia orang nak makan untuk 7 keturunan.Sebab itulah apabila mereka kehilangan kuasa,mereka seperti cacing kepanasan.Kerena moto bn "kuasa menghalalkan cara"

Tanpa Nama berkata...

Bongkar habis apa yang mereka lakukan dengan duit rakyat.Negeri pakatan rakyat pun kalau bongkar juga tentang bagaimana BN memperkayakan diri mereka.....biar rakyat tahu.(MUSAFIRLALU)

Tanpa Nama berkata...

mesyuarat PAC akan memastikan wang rakyat digunakan utk faedah rakyat dan pembayaran hanya kpd mereka yg dipilih oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu apa pac nak buat seterus nya tunggulah zambere