09 April 2009

Antara dua wajah...

Lambaian kemenangan setelah diserang secara tidak bertamaddun oleh UMNO dan BN namun dia terus utuh dan kuat membawa gelombang tsunami rakyat Perak. Sesungguhnya Kebenaran adalah milik pejuang sejati seperti Nizar, dan kebathilan itu tetap terserlah walau disembunyikan dalam gelap yang amat kelam.

Biasanya akhbar Utusan Malaysia akan memaparkan gambar yang terbaik untuk menaikkan imej para menteri dimata rakyat. Inilah imej terbaik yang dapat mereka paparkan di muka 6 akhbar Utusan 8/3/2009. Mungkin dia sedang memikirkan hayatnya untuk berada di Pejabat menteri besar semakin singkat.

10 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

semoga Allah membuka hati Sultan untuk terima pembubaran DUN Perak...

Unknown berkata...

Walaupun kemenangan PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak menjejaskan kerajaan BN kerana sebelum ini dua-dua Bukit tersebut memang milik PR, tetapi kerajaan BN tetap rasa ralat kerana banyak wang telah mereka laburkan dalam pilihanraya itu termasuklah membiayai projek-projek segera.

Mungkin projek yang sepatutnya dirancang untuk dilaksanakan di negeri Johor, Pahang, Melaka telah dialihkan ke kawasan dua Bukit ini.

Hikmahnya, kerajaan PR tidak perlu keluar banyak belanja walaupun kawasan itu di bawah pentadbirannya,kerana kerajaan BN telah pun membiayai segala-galanya untuk projek rakyat di situ.

Tanpa Nama berkata...

sedih weh... siang sungguh aku tegok muka mung zambry weh.. senyum gok sikit zamry weh... adab berlawan zamry weh mesti ada kaloh ade menang... lain kali jangan kutuk org lebih2 sangat, kalau kaloh susoh jadinya... taniah MB nizar kite... jgn riak&sobong pulok lepah ni... satu lg jgn lupa buat kenduri kesyukuran... sekurang2 pun biar gok sekor kerbau tumbang... kepada penyokong PR jgn leka sangat... bapok UMNO sekarang ni buleh tahan jugok jahatnya... letup org ngate rawe doh... tok dir pun doh balik sarang mula kat UMNO.. ingat! negara polis part2 mungkin kembali....

Abu Ajwad berkata...

Salam Sejahtera

Bleh tolong loadkan ucapan YB Nizar selepas pengumuman keputusan. Sbb ada maklumat dlm blog lain bg tau yg YB Nizar cuba dihalang drpd membacakan surah an-Nasr oleh peg. pilihanraya. Nak tengok juga.

Penulis berkata...

Pasir Panjang Pulau Pangkor
Yang khianat biasanya tesungkur

Jeti Lumut tempat nelayan
Yang kalah jangan meroyan

Tanpa Nama berkata...

Drs,Yg tewas di Bkt Gantang bukan Semail Sepian tapi MB kudeta.Masa kempen celupar nya tak terkata. Sekarang nak berselindung di sebalik siapa? Sudah nya rakyat tolak jua.Berakit lah si Zambri dr Lumut ke Kuala mengadu kpd raja."Ampun Tuanku..Sembah Setia...Pengundi Bkt Gantang bughah bughah
belaka. Nona Ratana Chulaborn.

ILHAM berkata...

Pulau Pandan jauh Ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Menang dibatang Ai pun megah..
Dua Bukit dah jadi PR yang punya

ZAMRI kecik's berkata...

dengar cita BN sedang buat persediaan untuk pilihanraya DUN Perak.
mungkin DUN Perak akan dibubarkan.

Tanpa Nama berkata...

ya...betul...masa Hj Nizar nak berucap lepas diumum kemenangan, ada pegawai SPR yg mcm nak halang dia, tapi Hj Nizar teruskan gak, then pegawai SPR yg lg sorang ( yg baca pengumuman ) tu bisik apa ntah kat kawan pegawai yg tgh muka masam tu dan depa turun pentas...kih2kih2 nak tergelak gak nengok nyer, tahan marah je depa...tp Hj Nizar buat selamba n teruskan ucapan, tu pon sekejap jer coz tak lama lepas tu naik balik pegawai SPR tu nunggu kat belakang dia

Ubaid Madani berkata...

pah bedah pun trkekek tawe ngan datin nenggok telatah deme...kantoi weh...