09 April 2009

Mana mufti negara ?

Pagi ini melalui satu posting oleh Al Banjari yang merujuk kepada (http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/04/bukit-gantang-betina-melayu-islam-anak.html) sangat memeranjatkan.

Mungkin saudara pernah dengar atau menonton program realiti TV "Malaysian Dream Girl" atau tidak? Dimaklumkan penyertaan peserta melayu dalam program ini sangat menggalakkan dan sudah sampai kepada tahap yang perlu ditegur oleh pihak tertentu. Dasyatnya program ini termasuklah siri berpakaian dalam dan lain-lain yang menyalahi hukum dan adat kesopanan orang Melayu.

Malang seribu kali malang perkara sebegini bukan lagi diutamakan oleh "mufti negara" dalam usia emasnya. Setelah menjadi "penasihat" kepada kerajaan boneka mungkin perkara ini sudah tidak penting lagi, apalagi untuk ditegur dengan segera.

Realitinya yang lebih penting ialah untuk menghalalkan semua tindakan perampas kuasa di Perak. Sesuatu yang masih samar dan tidak jelas dari segi hukum sudah disiarkan kenyataannya, nampak sangat jalan ceritanya.

Namun perkara ini sudah jelas bercanggah dengan hukum Islam, manakah mereka, sudah senyap atau sudah sangat terkejut dengan kekalahan di Bukit Gantang.

Atau semua kitab yang ada hanya sebagai rujukan untuk menyelamatkan tindakan BN dan UMNO sahaja ?

13 ulasan:

Awanama berkata...

Mufti akan keluar hukum bila melibatkan perbuatan PAS sahaja.

azhar berkata...

salam...
mufti negara malaya ni kalu tegor...sah..le..
gelaran dato' tak sape nak bagi...contoh..Ustaz Asri..
kalu minta tanah alamat tak dapat le...
kalu ade anugerah mufti internasional..sah tersingkir awal..
tegor lagi..mufti kena pecat..contoh..Arwah Mufti Selagor Ishak Baharom..

Awanama berkata...

tu pasal lah ramai golongan profesional dan cerdik pandai nih menjauhi BN

Brahim Nyior berkata...

Huh, boikot jer rancangan tu. Memang nak bawa Malaysia ke budaya hedonisme.

Awanama berkata...

kalau nak tahu...dalam kerajaan ni sesorang yg akan menjadi pegawai2 kerajaan.. first sekali mestilah mengikut syarat2..keperluan kerajaan lah....hemm semua yg boleh ikut telunjuk kerajaan merekalah calon yg berjaya..yg akan di angkat tinggi..sebab itu..tak hairan..mufti negara..tak ikut selera agama

Pak Oncu berkata...

Salam YB,,,,,, Mufti syiok tengok bontot bontot togel anak anak gadis islam tu ha ha ha ha ha,,,tu lah pasal mereka semua berdiam diri atau mereka di suruh diam,,,,,!!!

Sidiq berkata...

Asslam, waktu-waktu macam ni,teringat kat Dr Asri (mantan mufti perlis).kalau dia ada lagi sy sure dia akan bersuara lantang,ingat dulu dia tulis banyak teguran keras pasal upacara tugu negara.nampak sangat mufti sekarang hanya pandai bodek dan keluarkan fatwa sekitar darah haid, air mani, batal wuduk dan apa2 yg boleh naikan saham UBN aje.

Awanama berkata...

Mufti ni nampaknya akan mengeluarkan fatwa hanya mengenai hal politik sahaja. terutama fatwa mengharamkan tindakan PAS dan senyap bila UMNO melakukan kemungkaran...inilah mufti diakhir zaman...mereka lebih sayang kan duit dpd kebenaran.....zaman sudah berada dipenghujug....org agama banyak yg sedang lena dan tidoooooooooooooooooooooooooooooo......

Awanama berkata...

Drs,InsyaALlah kita panjangkan isu ini kpd beliau.Mufti terlepas pandang kot.Satu dua hari nanti keluar lah fatwa.. Nona Ratana Chulaborn.

pakcik keli berkata...

salam YB. aduhai, sayangnya bila anak2 gadis kita rela diperlakukan begitu. lebih malang bila ibu bapa sekeluarga berbangga dengan populariti anak gadis mereka. alangkah beratnya tanggungan kita di akhirat nanti jika gejala ini tidak mampu kita bendung... menyalahkan pihak lain tidak membantu, sebaliknya apakah yg mampu kita lakukan utk membantu umat islam kita itu. nak harapkan mufti kerajaan? wallahua 'lam.

Awanama berkata...

Pasal dr Asri...xnak komen...pasal tugu negara, mufti lain pun dah keluar fatwa...tp bn xikut juga
tunggu la sehari dua lgi...

klu xda juga, memang mereka xstanding dgn Mufti Allahyarham Ustaz Ishak BAharom, yg dipecat sbb tegur ratu cantik haram..wallahua'lam

Awanama berkata...

Mana Mufti Perak...Dulu bising sangat...??? Sah la dia tu mufti su''...

Dulu sedop mengata Dr Asri...Tapi tengok, sape yang kaki mengampu sebenarnya...

Awanama berkata...

Semoga Allah melaknat selaknat-laknatnya mereka yang berilmu tetapi menyembunyikan kebenaran dalam hal-hal tertentu hanya kerana kepentingan dunia... agama tergadai. Mufti le ni banyak dah tak berguna kalau dalam hal batal wuduk, puasa, zakat, haid nifas boleh lah. Lebih dari tu balik awallah. Mufti Tong Gas.