09 April 2009

Pemimpin dan penyokong BN lari lintang pukang tinggalkan Bukit Gantang

Secara umum saya juga agak hairan dengan kegigihan dari pemimpin dan penyokong BN yang sanggup bertahan sehingga peti undi ditutup kelmarin. Malah di peti undi tempat saya ditugaskan kelihatan agak ramai penyokong BN yang sanggup bertahan sehinggalah jam 5 petang.

Namun hari ini suasana di Bukit Gantang sangat menyedihkan bagi parti cap kati itu. Semacamlah pemimpin dan penyokong BN sudah lari lintang pukang meninggalkan Bukit Gantang bila tahu sudah kalah.

Apakan tidak, bahan kempen BN kelihatan sangat belum berkurangan dari dibersihkan oleh petugas BN. Benarlah nasihat saya kepada beberapa orang anak muda yang bertugas memasang bahan kempen BN, paStikan dapat upah dulu baru pasang, kalau tidah susah nanti. Susahnya seperti yang saya jangkakan memang sudah datang kepada petugas BN hari ini.

Bahan kempen Bn semacam tidak diusik langsung, lucunya ada yang kelihatan mengambil kayu sahaja , ini mungkin nak qada upaH yang belum dibayar, paling kuRang boleh buat kayu api.

Dikedai kopi sudah kedengaran macam mana bayaran kontrak-kontarak yang belum berbayar "mampuslah kita katanya".

Inilah nasib yang sedang menimpa perjuangan yang sekadar mencari kesenangan sementara di dunia ini. Sudah jatuh ditimpa tangga sudah kira standard biasa, kali ini sudah jatuh ditimpa tahi, itu lagi malang.

20 ulasan:

sani berkata...

hidup....hidup...
hidup rakyat....

hidup....hidup...
hidup islam....

hidup....hidup....
hidup PAS....

hidup...hidup....
hidup Nizar......

hancur....hancur....
hancur Be-End.....

hancur....hancur...
hancur ameno.....

hancur...hancur...
hancur Najibulaltantuya.....

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO/BN mmg tak boleh terima hakikat kekalahan dan depa dah tau yg depa akan kalah sbb tu cabut dulu sebelum kena balun dgn penyokong dan pendukung yg nak upah pasang poster bendera. UMNO/BN mmg terkenal dgn politik wang ketua2 cawangan dapat beribu2 org bawahan pencacai yg pasang bendera dpt la RM30 byk sikit RM 100. Ada duit ada kerja tak da duit tak da kerja. kita tgk berapa lama poster bendera dan segala mcm yg depa letak kat jalan depa nak kutip balik. tempoh bersihkan segala poster dan bendera selama 7 hari. hujung bulan ni aku balik kg nak lalu BKT GANTANG nak tgk ada tak bendera Dacing dan keris masih tergantung.

~Belalang Cyber~

iwawan berkata...

ayam tak dapat muka penuh tahikkk!

Tanpa Nama berkata...

Ust, ada analysis pilihanraya berdasarkah DUN tak. kalau boleh kongsi bersama.

Juraimi Zainal berkata...

Semoga ianya menjadi iktibar kpd kita ya agar ikhlas dalam perjuangan kita

Tanpa Nama berkata...

Sebahagian besar juak-juak dan peraeh undi BN adalah orang upahan serta opah-opah monopus manakala tukang sorak pula kalangan matrempit jambul merah tidik hidung seluar carik serta minah blond. Bila umpan ditabur mereka serbu bila umpan habis mereka lari. KASIHAN!!!

Tanpa Nama berkata...

bukan jatuh ditimpa tahi
memang dah duduk dlam tong taik pun...
tunggu indah water pam je
lepas 2 buat baja...

yg untung ketua cawangan la duit buang poster simpan la nnti ckp org atas tak bagi...
kenyg ketua cawangan hahahahha....

thatguy886 berkata...

salam yb,

"takpa...biaq kan..."
bak kata2 luncai dlm filem LUNCAI di TV9

loqlarq berkata...

sama jugalah kat Bkt Selambau ni.
Pukul 5 petang, puteri Ameno masih dok berkumpul kat pondok panas depa. Biasanya, jam 2.30 dah cabut macam kat Pmtg Pauh dan K Trengganu. Buat penyokong PR suspen aja.
Tapi jam 7.30 malam, Samy Vellu dah angkat bungkus dari Hotel Park Evenue. Untuk maklumat, sepanjang tempoh berkempen, Samy Vellu banyak terperap di bilik hotel aja. Mana berani dia bersemuka dengan pengundi India.
Jam 8 malam pula, calun BN dah tinggalkan Pusat Pengiraan Undi........

Zacharias berkata...

Ana cadangkan sahabat2 tolong la cabut bahan kempen BN.

Banner yang besar, boleh buat tikar getah di rumah.

Kain bendera yang besar boleh buat cadar dan langsir

Cepat cepat, jualan murah

Zacharias berkata...

Jualan murah, tikar getah, kain langsir, kain cadar, sarung bantal.

dapatkan di tepi-tepi jalan di parlimen bukit gantang.

Banner besar buleh jadi tikar getah. saya dah ambik satu.

Edin berkata...

Tahniah diucapkan kpd sumer Pengundi Pas dan PKR kat bukit gantang dan selambau...
saya menyeru agar seluruh penyokong BN di semenanjung bolehla pindah kat sabah n sarawak jer..... bawakla najib korang tu duk kat Bandaraya Batang Ai korang tu.... Dah kalah tu kalah la.. jangan nk nangis plak... BN boleh blah!! shuhhhh!!

IRON MASK berkata...

salam drs khalil...ana pun nak mintak mcm tanpanama 12.06 juga....analisa pilihanraya...kalau boleh semua sekali...termasuk undi yg diperolehi mengikut saluran di setiap pusat mengundi....bolehkannn....

soalan ana....bila nak buat ceramah lagi kat markaz titi serong....jemput DS Nizar, datuk nga khor meng dan sivakumar kalau bleh.ajar datuk nga sebut ayat quran dgn sebutan yg betul n sempurna.mesti gempak punya laaaaaa.umno bn mesti jadi macam beruk kena belacan lagi.

salam.

IbnAbdHalim berkata...

Orang-tua-tua kata rezeki secupak tak akan jadi segantang, tapi kat Bukit Gantang rezeki segantang jadi secupak untuk UMNO dan bagi PAS pula rezeki secupak dah jadi segantang. Amacam?

Tanpa Nama berkata...

tobat! tobat!....tak nak! amino bn

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Kemenangan pilihanraya kurnia dari Yang Maha Esa. Apa rancangan PAS nak beri kefahaman Islam pada orang Cina dan India. Jangan lupakan matlamat perjuangan kita.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak dapat upah tu salah sendiri. nak sangat buat untung dari Be End akhirnya menjilat jari.

apik berkata...

selamat berjaya pada pakatan rakyat di perak

Tanpa Nama berkata...

wahhh hang org cina baru masuk islam pun dah pandai ikut cara tuan guru hangpa yang kaki fitnah yer.... x dosa ker??? mengaa kat org x dosa ke??? leh masuk syurga gak kan klu hangpa yang buat.....

Tanpa Nama berkata...

Nak beritahu skit... kalau orang cina walaupun Islam tak bleh masuk Umno sebab cina tak dikira Bumiputra... oleh itu mana mana orang cina yang Islam masuklah Pas beramai-ramai