24 April 2009

Dilarang hadir Dewan Rakyat: Gobind saman 4 pihak termasuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantung beliau daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun berkuat kuasa bulan lalu.

Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.

Gobind diwakili oleh Karpal Singh & Co.

Pada 16 Mac lalu, Gobind digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan termasuk tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan lain sebagai Ahli Parlimen kerana dua kenyataannya yang menghina Dewan pada 12 Mac.

Tindakan itu diambil berikutan Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kes pembunuhan dan menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 12 Mac lalu.

Penggantungan itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah pengundian sebulat suara daripada Ahli Parlimen kerajaan yang hadir dalam persidangan Dewan.

Nazri telah mencadangkan satu usul menggantung Ahli Parlimen Puchong di bawah Perkara 27(3) Peraturan Mesyuarat di mana satu notis segera dikeluarkan di hadapan Speaker Dewan Rakyat.Mstar.

4 ulasan:

Unknown berkata...

BIARLA RAKYAT YANG MENENTUKAN APA YANG BENAR DAN APA YANG TIDAK .ZAMAN INI HAKIM2 SUDAH DIKUASAI HATI YANG PENAKUT YANG MENURUT CAKAP PEMERINTAH SAJA DAN JUGA TAKUT TIDAK DAPAT MENGUMPULKAN HARTA YANG BANYAK BAGI PERSEDIAAN ANAK CUCU.

Widuri berkata...

Keadaan menjadi semakin kacau bilau. Tidak ada jalan lain melainkan semua pihak bertaubat dan kembali semula ke jalan yang benar dan lurus.Ikut lah undang2 yang telah di tetapkan dalam menjalankan semua urusan. Jika tidak ini lah jadi nya. Masa di habis di mahkamah. Aku saman engkau, engkau saman aku , sedangkan masa dan wang ringgit sepatut nya di gunakan untuk perkara yang produktif.

Tanpa Nama berkata...

LAWAN TETAP LAWAN..JIKA TAK DI LAWAN PUAK-PUAK UMNO INGAT APA YG MEREKA BUAT TU SEMUANYA BENAR DAN TIADA SIAPA YANG BERANI MENCABAR. INI JUGA ADALAH SALAH SATU AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.

man aina13 berkata...

Ini kerana ikut nafsu semua,maka balanya menimpa