18 Mei 2009

Drs. Khalil Lawat keluarga mangsa kanak-kanak 3 tahun kena bunuh.

Kejadian pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak berumur 3 tahun, Lee Bee Chuan di Kuala Bagan Tiang menggemparkan kerana kanak-kanak tidak berdosa itu dicampak ke dalam sungai setelah dibunuh dengan kejam.

ADUN Titi Serong telah meluangkan masanya untuk melawat keluarga mangsa dan melahirkan rasa simpati dan memberi semangat kepada mereka supaya bersabar. Beliau juga memberi jaminan kes ini akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak polis dan berharap pembunuhnya akan ditangkap dengan segera

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tangkap,bicara dan jika disabitkan maka hukum bunuh di khalayak ramai...

al kerrango berkata...

yg saya tahu kuala bagan tiang itu bukan di bagan serai. kenapa media arus perdana mengambil mudah menyiarkan kuala bagan tiang di bagan serai??

Tanpa Nama berkata...

Drs,Adakah pembunuh nya seorang pesakit jiwa?Begitu sadis sekali tindakan nya. Nona Ratana Chulaborn.