18 Mei 2009

Nik Aziz : Bubar DUN langkah terbaik selesai krisis Perak

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah melahirkan sediaan untuk bertemu Najib dan mahu Najib menetapkan tarikh pertemuan. Pakatan Rakyat berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

Tiada ulasan: