18 Mei 2009

Hadi kekal Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan Presiden PAS penggal ketiga berturut-turut.

Hadi disahkan menang tanpa bertanding apabila mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan PAS yang bermesyuarat sebelum 8 Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut hari ini.

"Bagi jawatan Presiden hanya satu calon yang layak iaitu Tuan Guru Hadi (Awang)dan beliau sudah menghantar surat jawapan kepada tawaran yang kami. Kalau ikut kaedahnya beliau (Hadi) telah menang tanpa bertanding," katanya ketika mengumumkan calon-calon yang layak bertanding dalam pemilihan parti Jun ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding, mereka ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din, dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta termasuklah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa.

Manakala, 16 lagi layak bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden PAS sedia ada turut dicalonkan, mereka ialah, Ahmad Awang, Mohamad Sabu, dan Husam Musa.

Tiga belas calon lain terdiri daripada, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Dr Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali, Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar

Turut dicalonkan adalah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan Mohamad Amar Abdullah, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Mustafa ini merupakan kali pertama, dalam sejarah pemilihan parti apabila begitu ramai calon layak bertanding jawatan tersebut.

Dalam pada itu, seramai 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

1 ulasan:

Muhammad Yasir berkata...

Salam YB Lim,

Saya sekadar ingin pelajaran, apakah maknanya layak bertanding bagi Pemilihan AJK Pusat PAS? Adakah format pemilihan seperti UMNO dimana sistem kuota diamalkan?

Ikhlas,
YASIR TAMIZI