02 Mei 2009

Drs. Khalil ziarah Cucu Dr. Burhanuddin Al Helmy yang sakit.


Dr. Rushdi mengalami penyakit misteri, setelah terkena penyakit angin ahmar beliau sehingga kini tidak mampu bertutur seperti biasa. Namun kelihatan beliau cuba memperkatakan sesuatu sambil diperhati oleh Drs. Khalil dan rombongan.


Apabila menyebut Dr. Buhanuddin Al Helmy semua pejuang PAS mesti mengingati jasa pejuang PAS yang pernah berada di kemuncaknya sebagai orang no. 1 dalam PAS di zamannya. Namun semasa saya mula menetap di Parit Buntar saya mula kenal dengan cucu kepada tokoh itu iaitu seorang pengamal perubatan heamopaty yang dikenali dengan panggilan Dr. Rushdi. Kesihatannya sejak akhir-akhir ini sudah tidak seperti dulu semasa mengenali beliau khususnya setelah beliau terkena penyakit angin ahmar sekitar lebih setahun yang lalu.

Sebelum PR Umum 2008 saya ada menziarahi beliau dan setelah kemenangan juga sempat saya menziarahi beliau kembali. pada 29 April lepas saya berkesempatan sekali lagi meninjau keadaan kesihatan beliau. Keadaan kesihatannya ternyata semakin menurun. Beliau juga adalah seoang aktivis PAS sebagaimana datuknya. Semuga jasanya tetap dikenang.

Titisan air mata mengakhiri perpisahan dalam ziarah penuh arti.

3 ulasan:

Hayat berkata...

boleh kami tahu cucu Pak Doktor ni di mana? kami pun nak ziarah juga la YB.

Unknown berkata...

assalamualaikum.

Saya dan isteri saya ingin mencuba mengubatkan dr jika ada keyakinan. Yang sudah2 alhamdulillah, ramai yang baik setelah di obatkan. Malahan yang telah sakit 11 tahun kena stroke, alhamdulillah dapat berjalan semula.antaranya sheh kade seorang ulamak terkenal dari Thailand yang sudah boleh bertutur semula. Jika ingin menghubungi saya ini talian saya 0146283238 atau 010217131. sms dulu. saya tinggal di Pantai KL.

Unknown berkata...

assalamualaikum,

Saya suami isteri ingin mencuba utk mengobatkan dr yang sedang kena angin ahmar. ia disebabkan kristal2 dan lelemak yg menyangkut dalam urat2 dan saraf yang memblok perjalanan darah ke otak. alhamdulillah ramai yang baik melalui kaedah terapi dan urutan serta mandi membuang syaitan. antaranya yang baru baik ialah sheh kade jailani ulama dari Pattani, yang sudah boleh bertutur dengan baik. inilah no telefon saya 0146283238 dan 0102117131.