27 Mei 2009

Sekitar 30 orang polis masih berkawal dihadapan Wisma DAP.

Inilah malangnya nasib rakyat malaysia, dalam keadaan jenayah masih berleluasa dan banyak masalah rakyat yang lebih penting perlu didahulukan oleh pasukan keselamatan, namun mereka telah menjadi budak surahan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bayangkan dari pagi sehinggalah berita ini ditulis, lebih 30 orang polis masih duduk dihadapan Wisma DAP bersama sekitar 6 kenderaan reswmi polis. Saya tidak tahu apa yang mereka tunggukan. Orang sudah balik mereka tidak balik sampai sekarang.

10 ulasan:

Awanama berkata...

manusia akal tak da mcm tu la...lembu kena cucuk hidung...

pakatan rakyat,teruskan perjuangan..

TAKBIR....!!!

Awanama berkata...

biasalah tu.., polis kat malaysia ni dah takde keje nak buat.., nama polis diraja malaysia tapi tidak melambangkan sebagai sebuah entiti diraja dan juga badan penguatkasaan yang bebas dari campurtangan politik, malah kini dilihat lebih minat berpolitik..., selepas ini eloklah didaftar sebagai sebuah parti politik dan bernaung dibawah barisan nasional sepertimana mca, mic dan lain2. Disebalik statistik dan kes2 jenayah yang saban hari semakin membimbangkan, polis juga kini perlu menjadi sebuah badan yang mengawal selia bermacam bentuk aktiviti politik, meluluskan permberian permit ceramah, menjaga keamanan perhimpunan, menjaga keadaan dari sebarang provokasi, mengawal aktiviti parti2 pembangkang, menjadi balaci parti pemerintah dan lain2.., janganlah kita semua salah anggap kerana ianya merupakan definisi baru dalam kerja2 kepolisan.. terimakasih polis.., jasamu amat dikenang sampai mati...,

Ayiem berkata...

Polis tu semua diarahkan menjaga keselamatan pejabat DAP tuh kekkekekkekeke,mana ler tau kot2 ada yang nak pecah masuk pejabat DAP :P

Saya sebenarnya meragui ketelusan pihak polis didalam mengambil tindakan,nampak benar polis kini adalah polis UM-no bukan Polis DiRaja Malaysia.....

Manickam Nadeson berkata...

Sebe nak klaim overtime. Mungkin kebanyakan mereka dari balai luar, juga akan dapat elaun bermalam, elaun makan dll. Semaunya adalah wang rakyat. Tak apalah Kerajaan BN sanggup belanja wang rakyat macam wang mereka sendiri.

musafirlalu berkata...

Kerana itulah banyak sekarang ini berlaku kes=kes jenayah ragut dan bunuh setelah pihak polis lebih suka menahan pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya.Itulah yang berlaku apabila polis terlalu berpolitik untuk parti pemerintah.Dimanakah letaknya intigriti sebagai penjaga keselamatan awan apabila berlakunya pilih kasih dalam pasukan polis.Apabila rakyat marhen memohon permit untuk berhimpun,dah permit tidak diberi tetapi tangkapan pula yang dilakukan.Sedangkan perhimpunan oleh pihak pemerintah tidak memerlukan permit pun dan siap dengan kawalan diberikan

Adakala kerana hendak menjaga dan memburu pangkat mereka lebih kuah daripada nasi.Sebagaimana apa yang berlaku kepada 5 peguam yang ditahan kerana hendak memberi bantuan kepada mereka yang ditahan.Satu peristiwa yang amat-amat memalukan bila dalam keadaan para pemimpin melaung-laungkan "satu Malaysia".Inilah padahnya apabila terlalu banyak kuasa diberikan kepada pihak polis.Malaysia yang memang dah terkenal diserata dunia sebagai Negara Polis.

Sudah sampai masanya kuasa polis dikurangkan dan diberi kepada pihak tentera yang memang dibawah kawalan Yang Dipertuan Agong sebagai Panglima Tertinggi.Sudah banyak berlaku penyalahan gunaan kuasa oleh pihak polis yang langsung tidak boleh dikritik.Kita ini hidup dibawah bermacam-macam Akta Polis.Bagi pihak polis,bertaubatlah semasa tubuh masih lagi bernyawa.Renung dan fikirkanlah akan apa yang bakal berlaku diPadang Mahsyar nanti apabila segala perbuatan kita akan dituntut dihadapan Allah s.w.t.

Awanama berkata...

tula..bukan semua polis keje membanteras jenayah..habis klau semua target nk bnteras jenayah saper yg nk jga ketenteraman awam..buka la minda sikit..jg kolot,bljr undg2 n ilmu kepolisan dlu..polis byk cwgn,anggota pun xsmpi 100 ribu..

asyraf berkata...

polis biasalah

Awanama berkata...

udah-udah le tu...

bujang terlajak berkata...

bodoh punya polis mengikut arahan membabi buta

Awanama berkata...

Cadang kepada tok ketua tertinggi polis untuk penambahbaikan perkhidmatan polis:
1. Masukkan logo umnobn dalam logo PDRM
2. Kuasa polis/akta polis hendaklah dikaji semula supaya ia lebih berkuasa daripada mahkamah tertinggi yang ada di Malaysia.
3. Jenama PDRM hendaklah diganti dengan PRDM (Polis Raja Di Malaysia)
4. Benarkan anggota polis cari duit luar (pendapatn side-income)bagi menampung kos sara hidup dan persekolahan anak-anak.