24 Julai 2009

Benarkah keputusan Chua Tidak Banyak Beri Kesan Kepada Johor?

JOHOR BAHARU :- Tindakan Datuk Chua Jui Meng keluar dari MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa tidak mendatangkan banyak kesan terhadap senario politik di Johor, kata pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Abdul Ghani Othman.

Bagi gabungan pembangkang, katanya, sokongan rakyat nampaknya semakin pudar sejurus selepas pilihan raya umum ke-12.

"Sokongan begitu gigih semasa pilihan raya dan kami jangka Pakatan Rakyat akan berkembang di Johor. Tetapi sebaik saja pilihan raya selesai, sokongan nampaknya semakin malap," kata beliau seperti dilaporkan oleh Bernama hari ini.

Abdul Ghani bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan Umno Johor di sini Ahad.

Dengan mengambil kira hal itu, Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor berkata beliau tidak fikir tindakan bekas menteri kesihatan itu akan mencetuskan sokongan baru untuk PKR.

Chua bagaimanapun dijangka menarik sejumlah sokongan kepada PKR terutama di Bakri, di mana beliau mempunyai penyokong selepas menjadi pemimpin MCA di situ selama beberapa tahun, kata Abdul Ghani.

Beliau mengingatkan parti-parti komponen BN di negeri ini melihat perkara itu sebagai isyarat bagi mereka memulakan perubahan demi memperkukuhkan diri mereka.

Persoalannya benarkah tindakan itu tidak memeberi kesan yang besar seperti yang didakwa oleh Ghani, kalau tiada kenapakah perkara ini disebut dan perlu diambil ingatan sebagai isyarat untuk berubah.

Setahu saya kekuatan pakatan Rakyat di Johor smakin menyerlah malah PAS sekarang ini memepunyai 2 wakilnya di DUN Johor.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jawapan org terdesak. kalau kuat tak akan layan pengumuman chua tu.