17 Julai 2009

Lebih 13,000 Keping Duit RM50 Palsu Ditemui Di Thailand

BANGKOK, 16 Julai :- Polis Thailand merampas lebih 13,000 keping wang RM50 palsu bernilai antara RM650,000 dan RM750,000 di Lopburi dua hari lalu.

Wang-wang tersebut ditemui ketika polis menyerbu rumah seorang bekas pegawai kanan tentera di wilayah di luar Bangkok itu yang turut menemui senjata api.

Ketua pencegah jenayah dua divisyen, Kol Akradej Pimolsri memberitau pihak media, serbuan tersebut dibuat hasil maklumat orang ramai bahawa bekas pegawai tentera tersebut menyimpan senjata api di rumahnya.

Rampasan wang itu yang dicetak di Thailand dipercayai yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.

"Sebelum ini ada maklumat bahawa ringgit palsu dicetak di Kemboja. Tetapi kini kami ada maklumat ia mungkin dicetak di luar Bangkok," kata seorang pegawai polis.

Semalam, polis Thai menahan seorang pembawa dolar Amerika palsu yang mempunyai nilai 13 juta baht di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok.

Lelaki berumur 36 tahun tersebut memberitahu bahawa dia merupakan bekas pemberi maklumat polis dan membawa wang tersebut untuk operasi polis.

--BERNAMA

2 ulasan:

amkpb berkata...

PARTI KEADILAN PARIT BUNTAR akan mengadakan satu ceramah umum isu-isu semasa pada 23hb Julai 2009 ( Khamis ) jam 09:00 mlm - 12:00 t/mlm bertempat di markas KEADILAN Batu 14. Antara penceramah yang hadir ialah YB. Dr. Mujahid b. Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Hjh. Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita Keadilan Malaysia dan juga turut hadir memberi ceramah ialah YB. V Sivakumar Speaker Perak yang sah merangkap ADUN Tronoh. Semua Ahli Dan penyokong Dijemput Hadir Beramai-ramai.

untuk keterangan lanjut sila layari :

http://amkpb.blogspot.com

Jin Mabuk berkata...

YB di Pekan Ghombau,,, seorg pompuan along telah mengedarkan wang palsu kepada peminjam,,,,,!!! nasib baik pemijam sedar akan perkara tersebut ,,,,