17 Julai 2009

Tambang teksi naik RM3

KUALA LUMPUR: Kadar tambang teksi akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3 untuk tiga minit pertama, manakala tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, sebentar tadi.

Katanya, kadar tambang baru itu dijangka berkuatkuasa bulan depan, namun tarikhnya belum ditetapkan.

3 ulasan:

pemuda berkata...

tahniah !!!
1 malaysia , pencapaian diutamakan , rakyat didahulukan < http://pemudarurendang.blogspot.com/ >

Tanpa Nama berkata...

Hadiah pertama PM selepas 100 hari memerintah. Tahniah.

Tanpa Nama berkata...

Dah jadi semacam kebiasaan pemerintah untuk menekan rakyat. Kalau nak membantu (contohnya kurangkan kadar tol, tarif elektrik)berjuta alasan diberi. TAHNIAH BN