09 Ogos 2009

4 bulan berlalu,baru nak siasat kononnya ceramah tanpa permit

Shaharudin Ahmad Sani Sas

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang , Ustaz Nordin Jaafar kesal dengan tindakan Pegawai Polis Taiping yang memanggil Ahmad Nizam pada 2 Ogos lalu, soalnya "Mengapa setelah 4 bulan berlalu pilihanraya kecil Bukit Gantang,baru dipanggil Nizam"

'Nizam hanya menguruskan tempat Dataran Tok Guru Nik Aziz,bukannya menganjur ceramah'tegas Ustaz Nordin .Mengapa tidak dipanggil Hj Asmuni Awi,Pengarah Pilihanraya Kecil Perak ataupun Salman Salleh Setiausaha JPN untuk disoal siasat' tambah Ustaz Nordin lagi.

YDP Bukit Gantang juga hairan ,bagaimana ingin dicari saksi jikalau perkara ini menjadi kes.'Empat bulan berlalu,mungkin ada saksi yang telah meninggal dunia' ujar Ustaz Nordin.

Ustaz Nordin berharap pihak polis bertindak matang dan bijak untuk berkhidmat kepada negara sewaktu diminta mengulas isu seorang AJK Pas Kawasan, Ahmad Nizam dipanggil polis untuk disoal siasat berhubung ceramah semasa musim PRK Bukit Gantang 29 Mac-7 April 2009.

Sepanjang PRK Bukit Gantang, Dataran itu merupakan tarikan utama pengunjung pada setiap malam dan disitu juga diadakan Expo rakyat.

2 ulasan:

ali alor setar berkata...

Polis nie kerja dia siasat ceramah saja ka?ooo.. amanu dia tak dak ceramah dia ada tv,radio lagi pun dia buat ceramah bukan ada orang nak dengar walau pun bagi naik bus free,duit poket lagi, tu pun bangku saja banyak.Yg tv duk shoot tang orang ada,ada la dua tiga orang ,tang tu saja dia tunjuk.Sebab tula depa dengki kat pembangkang nie.Duit tak bagi,tambang sendiri,bagi duit derma lagi,tu sebab lah depa dengki,tak bulih buat apa polis lah depa guna.

kemboja berkata...

aku kalau terpandang muka anjing2 ni....tak dak lain mesti nampak tanda "RM" aje kat muka depa ni...tak tau pasai apa...!!!