09 Ogos 2009

Suspek pakar bom Noordin diberkas

Laporan awal sebut dia terbunuh dalam serangan polis

JAKARTA: Pakar bom paling dikehendaki Indonesia, Noordin Md. Top, yang turut dikaitkan dengan siri pengeboman di negara itu sejak 2002, telah diberkas lewat malam tadi.

Malah laporan awal menyebut Noordin telah terbunuh dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Temanggang, Jawa Tengah.

Noordin juga mengaku bertanggungjawab ke atas letupan dua buah hotel milik warga Amerika Syarikat di sini bulan lalu.

Tiada ulasan: