09 Ogos 2009

Bengkel PAS Perak, rangka strategi menawan Perak

LUMUT, 8 Ogos :- Badan Perhubungan PAS Perak mengadakan Bengkel Pengurusan Strategik bagi memantapkan lagi pengurusan parti sehingga tahun 2011 akan datang. Bengkel selama 2 hari itu mengumpulkan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kawasan-kawasan.

Sebanyak 2 kertas kerja dibentas selama bengkel tersebut oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu bakar Hussain dan AJK PAS Pusat, Yb. Dr. Zulkifli Ahmad.

Dalam ucapan Perasmian Penutup, Pesuruhjya PAS Perak mengharapkan PAS Perak akan menang disemua kerusi yang ditandingi pada piliharaya akan datang, samada DUN dibubarkan atau tidak.

Tiada ulasan: