10 September 2009

FELDA-MBFM : Lantang Berkokok, Ekor Berciciran Najis

Oleh : Amk Johor

Berita mengembirakan bagi peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sabah diagihkan dividen kepada seramai 1,700 pesertanya dengan nilai agihan keseluruhan berjumlah RM21.32 juta.

Atau purata RM12,541.18 seorang.

Manakala Peneroka FELDA hanya akan menerima RM350.00 seorang. 'Peneroka' dan 'Peserta' mempunyai perbezaan ketara maksudnya.

Pencatat merasa malu sebagai generasi peneroka yang saban hari kian diperbodohkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengurusan FELDA. Pencatat pasti lebih 500,000 orang keluarga-generasi peneroka juga berdukacita.

Dengan FELDA mempunyai puluhan anak syarikat yang telah mencatat keuntungan setaraf MAYBANK, CIMB , KFC dan lainnya hanya mengaihkan imbuhan pelaburan-caruman RM350.00 tahun ini kepada peneroka.

MBFM Gadai Anak-Bangsa Peneroka

ANAK** telah mencabar Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) yang telah lebih 9 tahun tidak mengadakan mesyuarat Agungnya untuk berwacana mengena hala-tuju dan ketirisan FELDA dan MBFM. Malangnya Datuk Ramli Ismail, anak jati Felda Sungai Sayong yang juga Pengerusi MBFM kelihatan bacul bersemuka.

ANAK** yakin tiadanya mesyuarat agong (pemilihan-pembentangan perakuanan) tersebut berkait rapat dengan penyelewangan di MBF dan FELDA.

Pencatat gembira bila mendengar FELDA ingin mencabar ANAK** di mahkamah, puluhan peguam menghubungi ANAK** dan siap-siaga berkhidmat dimuka pengadilan bagi membongkar billion ringgit yang diselewengkan.

Agak malang FELDA mengikut jejak Perdana Menteri, lantang berkokok ekor berciciran najis. Notis saman wayang semata.

Apapun rezeki Allah dan agihan RM350.00, pencatat bersyukur kehadrat Illahi. Peserta FELCA Sabah mendapat 35 kali ganda dari peneroka FELDA.

Sudah tentu Perdana Menteri akan gembira dengan Majlis Hari Terbuka Eidul Fitri tahun ini dengan belanja jutaan ringgit dari hasil mahsul negara, FELDA sudah pasti menjadi penyumbang dari hasil cukai .

Zabidie Abas
Setiausaha Kehormat ANAK**
Bendahari Kehormat
Majlis Belia FELDA Malaysia Wilayah Johor Bahru

** ANAK : Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan

12 ulasan:

Unknown berkata...

En.Zabidie,bagaimana sy ingin mendaftar ahli Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan.
rizal 0123903136

Unknown berkata...

nk jd ahli bagaimana?

Awanama berkata...

YB Idham,
betullah tu. Felda di Sabah hanya 1,700 sedangkan Felcra 500 ribu lebih.Ilmu ekonomi kata, bila banyak bahagiannya tentu sikit. Kalau sikit, peratusnya tentu besar.
Hahhh, tapi apapun Najib ada yang tak kena.

azizi abdullah

dol kakirempit berkata...

Salam YB

Lain Sykar Tum La Azidan Nakom......

Mamat (yg tak bsykur la..) tu tak faham ke atau tak beriman dgn ayat tu. Bagi bonus salah, tak bagi salah...

Mmg tapat apa yg dkatkan oleh Mantan Pm Tun M. Inilah dia satu contoh bangsa yang tak tau brsykur, tak tahu btrima kasih.....

Asal duk mrempat kat kampung...Nak makan pun ssah. Kerajaan bagi tanah free, bgi bantuan baja, bneh sara hidup dll. Snanag sikit dh lupa diri. Trpagruh ngan puak2 tu. Ggit balik tgn yg bagi makan.

Nsib baik kat mlaysia... klau kat Jerman dh lama puak2 yg tak brsykur ni makan gas sarin.Jnis tak tau d untung... Krjaan bagi susu, d balasny tuba

Bwak2 la brsykur dn bfkir la ttg kmudhan dn kslsaan yg Umno dah bagi slama ni. Igt sma lah org yg tak dpt dok kat tnah rncgan tu... Depa lagi ssah...

PAS lenggong Perak berkata...

klau dapat rm350 sdgkn felcra dapat rm12000..nak tanye jugak..duit untung byk2 felda tu pegi hantar mane?jgn ingat org felda sume senang beb..generasi ke 2 felda lagi teruk..bende yg ade..tanah haram..rumah pun haram..kwn ank felda..kwn tau la..yg dok melalak tu bukan sape..budak umno

barua najib berkata...

dol...hang pi selesai masalah umno cap kepala lembu dulu....jangan dok sebok kt sini...

Awanama berkata...

salam dol kakirempit..minta maaf,kalau tak tau jangan berkokok..nampak sangat bodoh..felda tak bagi tanah free,tak bagi umah free..sume tu bayar laa ngok.semua bersyukur dengan nikmat Allah, tapi jangan di tindas peneroka itu.sepatutnya mereka boleh hidup lebih baik daripada yg ada hari ni tetapi sebaliknya berlaku krn kepimpinan yang tidak amanah

Awanama berkata...

betul tu encik dol kaki rempit, Alhamdulillah semenjang keluarga kami pindah ke tanah rancangan felda semenjak tahun 1976, tidak pernah kami berada dalam kesusahan berbandingkan dengan keadaan keluarga kami sebelum pindah yang ibaratnya kais pagi makan pagi. Kami memang amat berterima kasih dengan kerajan kerana menerima kami sebagai peserta rancangan Felda kalau tidak tak tahula nasib kami sekeluarga, mungkin seinci tanah pun kami tak mampu kami miliki....

Awanama berkata...

tulah yg sebenarnya tugas kerajaan.....memberi kemudahan,kesenangan dan keselesaan pada rakyat.klau kita hidup susah dikmpg..hendaklah berhijrah ditmpat lain dengan iringan usaha,doa dan tawakal.klau ada felda,tak ada peneroka x juga menjadi...berlaku adilah sikit,utung sama dirasa, rugi sama ditanggung.kita bersyukur pd allah apa yg diberinya, tanpa pertolongannye xkan menjadi.... peneroka bukannye bodoh untuk menilai sesuatu pekara yg ada dihadapannye

masjid tok guru berkata...

Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati:

http://masjidtokguru.blogspot.com

Terima kasih.

Abdullah Ngah berkata...

Sudah lama najib buat tak kena pada harta harta FELDA.

Demikian juga dibuat pada KOBENA semasa jadi menteri Belia dahulu.

Ketika Anwar Jadi menteri Belia, dia cuba hendak selamatkan KOBENA.

Tapi malangnya RM 200 juta habis dan hutang pun banyak.

Inilah yang berlaku apabila diberi mandat kepada orang yang tidak ada integriti.

Malang sungguh nasib kami sebagai ahli KOBENA dan tidak mustahil akan malang juga menimpa peneroka FELDA yang dapat duit raya RM 350 seramai 100,000 orang lebih itu.

ibnukaduk berkata...

Salam. Dol. Tahniah anda memang juara pidato peringkat belia 4b. Teruskan pemikiran dan lawak gelojoh anda itu, kerana pasti anda diundang bertanding di DUN Bagan Pinang selepas Aidilfitri nanti.

Cuma satu perkara, anda perlu belajar dengan lebih mendalam akan pengertian 'Syukur' dan 'terimakasih'. Kedua-dua terma tersebut berbeza dari segi maksud, konteks dan juga hak. Hak terimakasih untuk sesama manusia. hak syukur, wajib hanya kepada Allah SWT.

Terimaksih.