10 September 2009

Mahkamah tolak permohonan saman Sivakumar terhadap Ganesan.

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman Speaker Perak Pakatan Rakyat, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Satu Keputusan yang saya anggap mengejutkan dan sekaligus membenarkan bahawa tindakan mempertikaikan kedudukan jawatan MB yang sebenarnya wajar diputuskan dalam DUN adalah sesuatu yang melanggar undang-undang bila perkara itu dibawa juga ke mahkamah.

Sebelum ini juga Zambry telah membawa kes penggantunganya bersama exco kudeta yang dilantiknya ke Mahkamah sedanbgkan itu juga adalah hak DUN dan Jawatankuasa Hak dan kebebasan yang dipengerusikan oleh Sivakumar, yang jelas tindakan itu juga melanggar perlembagaan persekutuan fasal 72 yang dimaksudkan.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Sivakumar dalam permohonan samannya juga memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.

Namun begitu Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu.

Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 May tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.

Nampaknya keputusan mahkamah mula bersimpang siur dan tidak ada keputusan yang paling wajar dalam menentukan siapakah yang benar melainkan tindakan pembubaran DUN dan mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih.

Semua perkara yang sedang dipersoalkan di mahkamah mestilah dihentikan berdasarkan keputusan hakim mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin kerana ianya akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

2 ulasan:

Awanama berkata...

inilah yang berlaku bila manusia menjunjung perlembagaan yg di reka-reka oleh meraka kononya sempurna dalam pada masa yg sama memijak dan meminggirkan perlembagaan Allah.

kata M.Nasir : Dalam kekalutan ada peraturan (yg direka). Peraturan cipta kekalutan.. di mana pula kau berdiri?...

Awanama berkata...

selagi bn memerintah masa depan negara akan hancur.