12 September 2009

LANGGAR UNDANG-UNDANG: ZAMBRY AJAR RAKYAT LAKUKAN

Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir cuba menggalakan rakyat untuk melanggar undang-undang apatah lagi peraturan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak seperti sidang yang telah diadakan pada 7 Mei yang lalu.

DPPN Pk menyeru semua rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya atau yang berada di mana-mana sahaja supaya menonton semula rakaman sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu yang jelas menunjukkan sikap sebenar UMNO / BN yang ingin memastikan rampasan kuasa berjalan seperti yang dikehendaki mereka.

DPPN Pk amat sedih dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO / BN semasa sidang DUN Perak tersebut yang telah memperalatkan semua jentera dan kakitangan kerajaan supaya mengikut telunjuk mereka. Yang amat dikesali ialah pencabulan demokrasi DUN Perak yang mana beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) cedera dan pakaian rasmi mereka telah koyak.

DPPN Pk cukup hairan dengan kelakuan yang telah ditunjukkan oleh Zambry dan ADUN-ADUN UMNO / BN semasa sidang DUN tersebut. Mereka jelas telah melanggar peraturan sidang DUN tersebut dan memaksa Speaker turun daripada kerusinya serta telah diserit keluar dewan oleh Polis yang telah dipergunakan.

Keadaan yang berlaku jelas UMNO / BN sebuah parti yang telah melanggar undang-undang, peraturan dan sebuah parti yang penakut untuk berdepan dengan mahkamah rakyat. DPPN Pk mengulangi lagi pendirian bahawa DUN Perak mesti dibubarkan dan UMNO / BN akan kalah teruk kelak.

DPPN Pk mencabar mana-mana pimpinan UMNO / BN Perak untuk berdebat siapakah tidak mengikut undang-undang atau UMNO / BN sendiri yang menipu rakyat, dan jangan hanya berani berkokok melalui media dan mengguna jentera kerajaan untuk menipu rakyat tetapi bacul untuk berdepan dengan rakyat.


RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


3 ulasan:

member pencen keramat berkata...

Hari ini Najib kata parti UMNO tu parti Islam, hai dengar berita pagi tadi macam nak termuntah.

mack berkata...

kalau nak muntah biar malam batal puasa yop. islam cara dia mungkin itulah salah satu dari 72 pecahan satu akan kesyurga yanglain2 hampeh. takut juga tulis macam ini dia kata kita pulak penentu syurga dan neraka al-maklum lah jahil tak boleh diajar dengar tazkirah tak mahu terawikh 8 rakaat sudah belah apa maknanya tak mahu ilmu lah tu

BESTOMYAM berkata...

ALLAH SWT MAHA AGUNG
KIFARAT(KARMA) ITU PASTI BENAR
WAHAI SAUDARAKU...
HINDARILAH SIFAT2 MUNAFIK ...
DEKATILAH ISLAM & IMAN...
SYURGA ALLAH SWT MEMANG BENAR..