21 Oktober 2009

AWAS 1MALAYSIA....Tidak lama lagi rakyat akan rasa

Email : anuarani

Harga minyak lonjak AS$80 setong

NEW YORK: Harga minyak mentah melonjak kepada AS$80 setong, sekali gus petanda bahawa krisis kewangan global mulai pulih, ditambah dengan kedudukan mata wang dollar Amerika Syarikat yang lemah.

Sejak lapan bulan dagangan, harga minyak meningkat kepada AS$10 setong berikutan permintaan tinggi pasaran global, terutama pemulihan yang berlaku di Amerika yang menjadi pembeli terbesar minyak dunia.

Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah 'light sweet crude' bagi pengagihan bekalan November ditutup AS$1.08 lebih tinggi kepada AS$79.61 setong, semalam.

Paras paling tinggi diniagakan semalam ialah AS$79.69 setong, harga tertinggi sejak pertengahan Oktober 2008 lalu.

Di pasaran minyak mentah London Brent North Sea, pengagihan bekalan bagi Disember pula menokok 78 sen untuk ditutup kepada AS$77.77 setong. - AFP


1 ulasan:

Awanama berkata...

Salam,
Nampaknya tak lama lagi timbul balik le isu tak mampu nak bagi subsidi. Pastu kena naikkan harga minyak. Hai, marilah kita bergembira sebagai rakyat 1malaysia yang sentiasa didahulukan oleh pemimpin kita (boleh caya ke?)