21 Oktober 2009

Pemuda PAS Perak lancar 'Orang Muda Geng Kita'

Email : safarizal saleh

18 Oktober 2009 (BATU GAJAH) – Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini telah membuat satu pelancaran yang dinamakan "Orang Muda Geng Kita" yang telah mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Pelancaran ini diadakan semasa majlis Sambutan Aidilfitri PAS Perak di Batu Gajah yang telah di hadiri hampir 10,000 orang hadirin tetamu.

Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussien.

Hampir 300 buah motosikal telah menyertai pelancaran ini yang telah disediakan pelekat "Orang Muda Geng Kita" sebagai gimik yang mana Ustaz Haji Abu Bakar Hussien dan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perak telah menampal pelekat tersebut kepada semua motosikal.

Didapati golongan muda menyambut baik pelancaran tersebut yang mana mendekatkan Pemuda PAS dengan orang muda tanpa ada sempadan.

Ianya juga sebagai suatu sinar baru kepada golongan muda dan untuk PAS sendiri yang memerlukan semua pihak untuk sama-sama menegakkan keadilan.

‘Pelancaran ini sebagai penanda baru untuk Pemuda PAS bersama dengan semua golongan terutama orang muda’ tegas Salman.

Beliau juga menjelaskan bahawa gimik pelancaran ini sebagai usaha untuk meneruskan program bersama dengan orang muda tanpa mengira kedudukan.





Tiada ulasan: