21 Oktober 2009

Gempar 35 sejadah berdiri di surau

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

masuksuku berkata...

Salam yb
Cerita sejadah tu tak mustahil terjadi..jika ALLAH nak menunjukkan sesuatu tu..DIA boleh melakukan ..seperti beberapa tahun yang lalu di bt 7 jalan tanjung tualang ada satu pokok kelapa yang menjadi seolah olah cacat secara semulajadi daripada bentuk asalnya..membentuk kepala gajah..dan saya pergi ke tempat tersebut dan sememangnya betul dan sahih..ada belalai..dengan daun yang berpusing membentuk belalai..ada gading yang terbentuk dengan sulur buah menembusi pelepah kelapa tersebut..ada mata dengan kerosakan pelepah berlainan yang membentuk mata...jika ditanya pada budak kecik pun tetap menyatakan kepala gajah..
jika takut terpesong itu cuma fikiran kita..jika kita fikir lain..lain le jadi nya..jika kita fikir kebesaran ALLAH itulah yang setepatnya..sebab bukan mudah nak mengukir sejadah berdiri..jika tak percaya cuba buat..sebab sejadah berat dan tebal..dia tak dapat berdiri sendiri..
cuma yang kita perlu fikirkan..adalah KEKUASAAN ALLAH..DIA NAK TUNJUKKAN YANG DIA AMAT BERKUASA..DAN SEMAKIN RAMAI YANG TAK MENGHIRAUKAN KEKUASAANNYA..FIKIRKAN LAH SENDIRI..ATAU LU FIKIR LAH SENDIRI ...NAJIB ..(CONTOHNYA)

Awanama berkata...

marilah sama bermuhasabah siapalah kita semua ni disisio Allah