23 Oktober 2009

MEMOHON PERKENAN MENGADAP DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Email : safarizal saleh

21 Oktober 2009 / 2 Zulkaedah 1430

Kepada :

Dato' Samsul Baharin @ Mohd Rofaa Hasan
Dato' Pengelola Bijaya DiRaja,
Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan,
33007 Kuala Kangsar.

Y.Bhg. Dato' Pengelola Bijaya DiRaja;

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dengan ini memohon perkenan mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak bagi merafak sembah bicara sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 28 Oktober 2009 ini.

Tujuan utama kami memohon mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah berkaitan krisis yang berlaku di negeri Perak terutama sidang DUN Perak yang terdekat ini.

Rombongan kami jika diperkenankan mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan diketuai oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Kerja DPPN Pk.

Besarlah harapan kami agar permohonan kami untuk mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

Bagi pengurusan permohonan ini, pihak kami telah mengamanahkan Saudara Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha DPPN Pk ditalian: 013-326 6194 bagi urusan pengurusan.

Sekian dipohon, Wassalam.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Perak


4 ulasan:

muslim brothers shah alam berkata...

Assalamualaikom SEMUA,

Sunggoh MULIA permohonan Tuan-Tuan ini...

Bagi ana, sudah lah dengan pihak Istana ini, kami semua faham putar belit mereka. Hanya Islam sahaja yang bolih tentukan arah tuju umat nye. Jangan lagi diharap Istana untuk bela Islam..

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

ana setuju sangat dengan muslim brothers

cukupla.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum .....

Selagi ada saluran yang boleh diguna kita gunakan sebaiknya..

Jangan mudah mengalah...TAPI kira akhirnya kerajaan yang zalim ini menggunakan kekerasan atas tindakan PAKATAN yang menegakkan kebenaran dah hak RAKYAT...kita pikir2 la..

Sesungguhnya Allah SWT dah bagi lama sangat pada UMNO dan sekutunya memerintah MALAYSIA nie...

Semakin lama berkuasa semakin banyak bala bencana, maksiat, jenayah...ITU semua AMARAN dr ALLAH...

mintak umat islam khususnya dari kalangan yang mahu Islam tertegak di BUMI MALAYSIA..bersatulah dalam saf jamaah..

MALAYSIA istimewa kerana parti memerintah sudah lama berkuasa dan semakin tamak kuasa...

Kita baru ini telah ambil contoh JEPUN.
JEPUN juga adalah istimewa kerana pemerintah sanggup terima kekalahan dan berani bertanggungjawab meletak jawatan jika berlaku isu-isu yang besar dan rakyat juga mahukan keadilan...

TAPI tidak di MALAYSIA nampaknya...pemimpin semakin gila kuasa, guna kekerasan dan tamak harta..RAKYAT di perbodohkan.........

Pesan akhir,

mohon parti PAKATAN..rakyat akan bangkit dengan suara keramat mu...kerahlah pemimpin mu bakar semangat rakyat2 mu sekalian...bangkitkan semangat JIHAD ke setiap rakyat2 mu sekalian...

Unknown berkata...

salam semua...

gua rase la kan buat abis beras jer g ngadap kat istana.confirm permohonan ditolak nyer...jangan risau la.hanya jauhari yang kenal manikam...cuba pikir balik maner ader pihak dari PR yang senang keluar masuk istana hatta di selangor pun.apatah lagi perak.cuma UMNNO jer yang boleh kuar masuk istana ni dengan senang.x yah surat atau apa pn.trus masuk jer