23 Oktober 2009

Sekolah beli pokok 880% lebih mahal

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Malaysiakini/-


2 ulasan:

Awanama berkata...

rasuah dan selewenglah sepuas-puas hati sementara peluang masih ada

masuksuku berkata...

salam yb
di kelantan depa boleh lagi makan..itu baru pokok..belum lagi lab yang runtuh dan akan runtuh..itu baru satu sekolah..yang lain..tak mustahil di sana saja boleh lipat hingga billion..
kat tempat lain pula lagi okey..bukan nak berkira anak nak belajar tapi sepatutnya ada ditiadakan..
satu sekolah di batu gajah memberi arahan untuk setiap pelajar dimestikan mengutip "derma pibg" sebanyak minimum rm30.00 selain dari derma pibg terdahulu sebanyak rm20.00 seorang pelajar..bermakna rm50.00 dikutip hanya atas 'pibg"
sebab apa dengarnya..sampai cikgu nak transfer pun pihak sekolah terpaksa membayar ke kementrian..tak tau betul ke tidak lah..
bagaimana pelajaran nak berkat..cikgu rasa tertekan..rungsing..beban mental bertambah..jika benar kesian para guru..
salah siapa..salah menteri pendidikan kot yang amat terkenal sebagai kaki..........semua orang tau kot..