23 Oktober 2009

CABARAN DITERIMA: PEMUDA PAS TUNGGU PEMUDA UMNO TETAPKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (26 Mei 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan terima kasih kepada Encik Maslin Sham Razman sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak yang akhirnya bersetuju malah telah memberikan cabaran untuk mendedahkan perkara sebenar kejadian yang berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei yang lalu.

DPPN Pk yang telah menunggu lama sejak susulan surat kami kepada Pemuda UMNO Perak pada 26 Mei yang lalu dan akhirnya Pemuda UMNO Perak mula bersuara untuk bertemu bagi menjelaskan krisis politik Perak yang menyebabkan kejatuhan ekonomi negeri yang teruk kerana rampasan kuasa awal Februari yang lalu.

DPPN Pk akan menunggu Pemuda UMNO Perak menetapkan tarikh, masa dan tempat yang sesuai serta kaedah yang bakal disusun untuk memperjelaskan isu yang sebenar supaya rakyat dapat menilai kejadian sebenar pada sidang DUN Perak, 7 Mei yang lalu. DPPN Pk menunggu apa sahaja keputusan dan juga syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh Pemuda UMNO Perak kelak. Namun kami berharap Pemuda UMNO Perak dapat membuat keputusan segera supaya pertemuan ini dapat diadakan sebelum sidang DUN Perak pada 28 Oktober ini.

DPPN Pk menegaskan bahawa kami mempunyai bukti kukuh kedudukan sebenar yang berlaku di dalam DUN Perak pada 7 Mei yang lalu. Pertamanya tentang kedudukan kerusi V. Sivakumar sebagai Speaker dan juga kedudukan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari tersebut. Keduanya siapakah sebenarnya yang menyamar Bentara DUN Perak yang begitu ramai pada hari tersebut? Ketiganya kenapakah terdapat dua (2) persidangan ditempat yang sama semasa Sivakumar masih duduk dikerusi Speaker?

Dan masih banyak lagi perkara yang bakal kami dedahkan apabila Pemuda UMNO Perak sudah bersedia untuk bertemu kelak. DPPN Pk berharap Pemuda UMNO Perak tidak hanya membuat kenyataan kosong semata-mata dan harus bertanggungjawab terhadap rakyat yang mahukan keadilan. Sekiranya Pemuda UMNO Perak tidak berani untuk bersemuka dengan kami maka benarlah mereka memang gilakan kuasa sehingga merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sah sehingga tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum Ke -13 yang akan datang.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Bodoh! kalau percaya kan pemuda Umno.Pemuda lebih baik buat kerja lainlah!

anakjatiperak berkata...

teman yakin KP UMNO Perak Maslin Sham tak berani punya. dia bukannyer pendebat.orang kuala dan orang manjung(ayer tawar) kenal bebeno dengan dia nie..tahu dia ngaji takat mana....suruh kira berapa budget nak masuk tender kontrak..teman percaya dia memang pakar.Orang kuala pun terkejut macam mana dia jadi ketua pemuda perak.sampai sekarang tak percaya...

Kata Benar Sahaja berkata...

lor --- berdebat tu kan majlis ilmu...ish3

Awanama berkata...

buat perabih air liur ja.mesti x berani la nak buat debat.

Dari Rakyat Kepada Rakyat berkata...

bia la dio debat.Kito tengok dulu guano kijo.ore nok kito jange tokse.trimo jah

Awanama berkata...

salam...

ajak berdedat ngan umno.berani ke diaorang tu..team bn kan dulu kini selamanya pengecut.dalam media cakap macam bagus sangat.ajak debat terus diam..sama la nagan gerakan .tsu koon ajak guan eng debat.guan eng setuju terus buah sukun tu diam membisu...macam tu la bn( dulu kini selamanya) tak kan berubah.sesuai gak sologan tu ngan UMNO..

Awanama berkata...

Macam ni la baru gentleman. Dah lama duk tunggu pemuda berdebat. Tak kira la sapa menang, janji kita dapat cahaya kebenaran siapa punca kegawatan politik Perak....