23 Oktober 2009

Tian Chua didapati bersalah tuduhan gigit

Ahli parlimen Batu yang juga pengarah strategi PKR, Tian Chua hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas.

Tian, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Majistret Mohd Faizi Che Abu akan menjatuhkan hukuman selepas mendengar rayuan dari peguam.

On 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun. Malaysiakini/-

3 ulasan:

Awanama berkata...

Nilah akibat bila YB PR tidak fikir panjang! Terimalah akibat. Patutnya kena jaga personaliti diluar. Dlm Parlimen ok lah.

Awanama berkata...

salam....

minta maaf sekira komen saya ini menyakiti sesetengah pihak,saya ingin komen sedikt mengenai Kenyattan Prof Aziz Bari,berdasarkan komen Prof tersebut beliau telah dikritik dgn begitu hebat oleh sesetengah pemimpin PAS,pada pandangan saya sepatutnya kenyataan dari prof tersebut harus di terima secara positif dan di buat follow up dan bukannya di balas dengan kritikan tajam dari sesetengah pemimpin pas(dimanakah keterbukaan yg di laung2kan oleh kita sebagai parti islam).Bila kritikan/pandangan di balas dengan kritikan,ini menunjukan kita seolah sama aje macam pihak yang satu lagi.dan sepatutnya perlu keluar komen seperti yang di keluarkan oleh Hanipah Maidin.Bagi saya ini adalah pandangan seseorang yang matang bepolitik tanpa mengikut nafsu.

sekali lagi saya memohon maaf diatas pandangan saya ini sekiranya menyakiti hati sesiapa.Ini adalah pandangan iklas dari saya seorang ahli PAs di kuala lumpur

Awanama berkata...

Apa yang berlaku pada Tian Chua sepatutnya tidak terjadi jika pihak berkuasa menjalankan tugasnya secara profesional. Bayangkan anggota bahagian Narkotik bertindak menahan ahli parlimen di kaw parlimen. Untuk apa?
Mengenai isu kritikan Dr Aziz, pimpinan PAS perlu melihat dalam konteks pandangan pihak ke 3. Jika perlu dibaiki maka baikilah. Jika pandangan itu tidak berkaitan (tak makan cili) maka jangan pula terasa pedasnya. Tunjukkan KETERBUKAAN.