16 Oktober 2009

Mimpi Rasulullah SAW

Email : mohd naim mohd zain

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

9 ulasan:

Awanama berkata...

Salam yb.. minta izin copy ke blog saya.

Awanama berkata...

susah nak buat dgn iklas... sebab dah tahu apa imbalanya...
yb ada cara macam mana nak iklas...

susah juga ya

Jebat berkata...

Ya Allah....
macam manalah ya? kita yang cuba berjihad kejalan Allah dan ingin Islam yang sebenar-benarnya tertegak di bumi Allah ini, masih banyak kurangnya dan gerun tapi bagaimana pula manusia yang mempermain-mainkan perintah Allah.
Bila mati...soalannya dah dibocorkan iaitu :
Siapa Tuhan kamu, Apa ikutan kamu, Siapa Penghulu kamu, Apa kiblat kamu dan siapakah saudara-saudara kamu....?

Kalau UMNO nak jawab macam mana?
Mungkin 4 soalan tu boleh jawab, tapi yang apa ikutan kamu tu....tak boleh sebab Al-quran ni UMNO tak ambil semuanya. Macam mana?

Kami PAS menyetujui semuanya pun tak tau sama ada syurga ke atau neraka.

Fikirkanlah dengan sebijak-bijaknya wahai orang-orang UMNO.....jangan sibuk 1 MALAYSIA, tapi 1 ini tak ikut nanti keneraka no.1.....

nauzubillah....Allah Huakhbar!

wan afiq berkata...

yb ustaz mintak izin copy yea...

http://wanafiqgroup.blogspot.com/

Awanama berkata...

setiap hari 2-3 kali ana akan lawati laman yb dan banyak ilmu yg ana dapat samada perkembangan politik dan keagamaan. teruskan...

sepatutnya para bolgger pr bersikap begini jangan hanya satu aliran sahaja...

abuhusnie berkata...

Salam,
Yb, ana minta izin copy ye!

Awanama berkata...

salam,
YB, mintak izin copy yea..

Awanama berkata...

mohon untuk copy paste.Tq

Awanama berkata...

salam......yb ana minta izin copy.......