16 Oktober 2009

BIAR RAKYAT TENTUKAN- DUN PERAK PERLU DIBUBARKAN

Oleh : mohd hafez sabri

Krisis politik di Negeri Perak hanya boleh diselesaikan melalui pembubaran Dewan Negeri. Kuasa harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan masa depan bumi Perak. Hanya rakyat yang mempunyai kuasa ataupun mandat untuk menamatkan kemelut politik Perak.

Menurut kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, beliau berkata pilihanraya perlu diadakan dengan segera bagi mengelakkan kemelut politik Perak ini berlarutan.

Memetik ucapan beliau “Rakyat seluruh Perak bersedia menghadapi pilihanraya dan Pakatan Rakyat juga amat bersedia untuk turun gelanggang untuk memulangkan kuasa rakyat dalam pilihanraya yang adil,” kata beliau.

Beliau amat kesal dengan kerajaan Barisan Nasional yang berdegil mahu meneruskan pemerintahan dengan merampas kuasa secara haram serta menafikan sistem demokrasi bahawa rakyatlah menentukan segala-galanya.

“Biarlah rakyat membuat pilihan dan kedua-dua pihak harus bersedia untuk menerima keputusan rakyat,” kata beliau lagi

Beliau juga mempersoalkan slogan retorik Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang membawa slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan namun jika proses demokrasi terhadap rakyat Perak ini tidak dihormati, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat. Najib hanya mencipta slogan yang kosong tidak memberi apa-apa makna, tambah beliau lagi.

“Namun apa yang jelas disini kerajaan BN telah membelakangkan rakyat dalam isu krisis politik Perak. Manakah perginya slogan rakyat perlu diutamakan,” soal beliau.

“Ketamakan kuasa hanya akan merugikan rakyat, jika kita membiarkan sebuah kerajaan yang tidak sah memerintah negeri Perak,” tegas beliau.

Rakyat Perak memerlukan sebuah kerajaan yang diterima oleh semua. Kemelut politik Perak telah mengakibatkan suasana yang amat mengelirukan, rakyat masih lagi tertanya-tanya siapakah kerajaan yang sah sebenarnya.

Setiap hari, masalah menjadi semakin kusut. Di Perak apa yang menjadi masalah yang besar ialah siapa Menteri Besar yang sah dan siapa speaker yang sah masih belum terbukti secara sah, lebih membimbangkan lagi apabila berlaku krisis perlembagaan selepas pertukaran Menteri Besar dan speaker secara tidak sah di Perak ini, tegas beliau.

Dalam kata lain, Perak mempunyai dua kerajaan. Satu kerajaan yang sah dan satu lagi yang tidak sah yang mana rakyat sendiri dapt melihat BN telah merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan atau taktik-taktik kotor yang mana dengan cara itu ia sesekali tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah. Malah ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan di kalangan rakyat.

Oleh yang demikian bagi mengembalikan semula hak rakyat, cara penyelesaian yang terbaik ialah DUN Perak perlu dibubarkan bagi mendapat restu rakyat untuk memilih kerajaan yang sah secara demokrasi di Perak ini, jelas beliau.

Tiada ulasan: