16 Oktober 2009

Bagaimana Osman Jailu ditangkap rasuah

IPOH, 14 Okt: Mahkamah Sesyen Ipoh diberitahu, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang meminta seorang agen sebanyak RM100,000 untuk membantu meluluskan projek bernilai RMN180,000 di Seri Iskandar.

Agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), Mohamad Imran Abdullah telah menceritakan hal ini dalam perbicaraan kes rasuah terhadap enam orang termasuk dua Adun PKR yang melompat menjadi Adun bebas.

Beliau memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas ahli majlis Perak Tengah, Zul Hassan, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail and jurutektik dari Lembaga Pembanguna Perak, Ruslan Sahat.

Mereka didakwa bersama bekas Exco, Mohd Osman Mohd Jailu, 57, Jamaluddin Mohd Radzi, 52 dan bekas ahli Majlis Perak Tengah Usaili Alias, 56.

Tuduhan ke atas Ruslan telah digugurkan kerana telah meninggal dunia.

Selepas didakwa, Osman dan Jamaludin kemudiannya telah meninggalkan PKR dan menjadi Adun Bebas yang pro-Umno. Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah jatuh.

Menurut cerita Imran, beliau mulanya bersama seorang pegawai BPR yang berlakun sebagai teman wanitanya telah membawa bersama mereka tiga wanita warganegara Cina, satu kotak Carlsberg dan meninggal RM2,000 wang untuk mereka bertiga di sebuah hotel dekat Batu Feringi.

(Gambar:Jamaludin dan Osman di Mahkamah Sesyen semalam)

Selepas beberapa hari kemudian, Imran menemui Osman Jailu dan Usaili Alias di sebuah coffe house di Bukit Mertajam untuk menyerahkan wang bernilai RM5,000 kepada Osman.

Imran berkata, Osman tidak menerimanya tetapi memberikan isyarat agar ia diserahkan kepada Usaili.

Selepas menyerahkan wang itu, Imran berharap projeknya diluluskan segera, namun Usaili meminta lebih banyak wang untuk meluluskannya iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000.

"Saya bertanya, mereka yakin ke hendak RM30,000 ke RM50,000 sahaja kerana projek itu bernilai RM180 juta.

"Mohd Osman kemudiannya berkata, "RM100,000".

Pada 19 Ogos datanglah hari mereka mereka nantikan itu. Ia berlaku di sebuah restoran di Bukit Mertajam.

Imran telah meletakkan sebuah beg tangan yang mengandungi wang tunai RM100,000 di atas meja.

"Saya bukakan beg itu dan tunjukkan Mohd Osman wang itu. Dia melihatnya dan mengarahkan saya untuk serahkannya kepada Usaili," beritahu Imran.

Usaili kemudiannya menarik beg itu ke arahnya.

Imran kemudian memohon diri untuk pergi dan serentak dengan itulah juga pegawai BPR masuk dan menangkap mereka.

HarakahDaily.Net/-

7 ulasan:

hafizzuddin berkata...

Jika benarlah si osman jailu n jamaludin radzi ni menerima rasuah, jgnlah berpura2 lagi cuba menafikan, mengaku ajelah dan letak jwtn ADUN segera, jgn khianati rakyat dengan permainan politik songsang anda berdua, adalah lebih bermaruah jika anda memohon maaf atas kesilapan besar yang dilakukan selama ini sehingga jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Kembalilah ke pangkal jalan kerana pintu taubat masih terbuka, jika jalan ini yang anda berdua pilih, Insyallah maruah anda akan ditebus dan rakyat mungkin akan menerima permohonan maaf anda berdua wahai osman n jamaludin.

Awanama berkata...

Pegawai SPRM kena jelaskan stastus tiga wanita warganegara cina yg digunakan oleh mereka.Mereka dtg ke Malaysia atas visa apa..?
Apa hubungan mereka dgn SPRM..?
Mengapa mereka bersetuju menjadi alat SPRM..?
Apa yg ditawarkan oleh SPRM kpd mereka..?
Dimana dan bagaimana SPRM menemui/mengenali mereka..?
Apa tujuan mereka dtg ke Malaysia..?

Awanama berkata...

SPRM ni byk stok baby doll kut!!!!!

Awanama berkata...

Pompoan Cina tak semestinya datang dr Cina.... mungkin Manjung Mari maaa..... atau Pompuan tuh betul2 datang dari Cina tapi masih di tahan di Kem Tahanan Pendatang Asing, bwk kuar kejap utk jadi umpan kaki pompuan....... hhihihihihihihi

malaysia baru berkata...

Kita berlakon dan menjamu orang dengan zina... Kesian SPRM.

Awanama berkata...

Ini satu slembaran baru buats emua rakyat Malaysia. Inilah dia sandiwara yang kita semua nak tengok. BPR bertujuan menabur umpan buat tangkapan dan bukan berasaskan laporan awam.
BPR menggunakan kaedah salah dan bertentangan dengan keselamatan neagra dengan menggunakan pelacur negara asing.
BPR sudah banyak pengalaman dalam hal ini dan begitu mahir dalam penglibatan pelacur.
Exco PKR ini juga sudah tahu mereka bersalah dan tidak ada pilihan selain menjadi talibarut Najib untuk selamat sementara.
Jika bersalah nanti Najib akan isytiharkan pilihanraya umum dan DUN Perak pun dibubarkan.
2 Exco tadi akan dilayan macam anjing kurap bila mereka tidak diperlukan lagi oleh UMNO Perak.
Rumusan: Keputusan mahkamah hanya akan kelaur apabila UMNO Perak confident boleh menang ATAU dah hampir 5 tahun usia DUN Perak.
Sebab itu jugak imbuhan buat 2 bekas Exco ni pun masih ebrtangguh2 dan tak dapat semua.

Suhaimi Said berkata...

Osman Jailu dan Jamaludin - binatang beruk, tak ada maruah, pengkhianat rakyat, mampus lagi baik!