19 November 2009

LIGA SUPER 2010: LANCAR RM1 UNTUK TABUNG BANTUAN PASUKAN BOLASEPAK SELADANG PERAK

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (17 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hari ini diberikan peluang berbincang dengan Persatuan Bolasepak Negeri Perak dan Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Perak bukan dengan sebarang sentimen politik tetapi perbincangan atas semangat kesukanan yang tinggi demi pembangunan bolasepak di Perak khasnya.

DPPN Pk sedar bahawa berjuta peminat bolasepak yang berada di luar sana akan merindui sentuhan Pasukan Bolasepak Perak atau Pasukan Seladang ini yang pernah menempah sejarah yang membanggakan apabila dengan beberapa syarat tambahan baru daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana Pasukan Bolasepak Perak mungkin tidak dapat beraksi pada Liga Super musim baru ini.

DPPN Pk jelas dengan kekangan isu pembayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah FAM ketatkan di dalam syaratnya yang perlu dijelaskan menyebabkan Pasukan Bolasepak Perak tidak layak menyertai Liga Super kali ini. DPPN Pk juga yakin Persatuan Bolsepak Perak akan memastikan isu pembayaran ini di selesaikan dengan segera.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pada hari ini berusaha membantu Persatuan Bolsepak Perak dengan melancarkan Kempen Seringgit (RM1) untuk Tabung Bantuan kepada Persatuan Bolsepak Perak. DPPN Pk akan merancang beberapa perlawan an bolasepak amal bagi tujuan tersebut dan akan menggerakkan seluruh peminat, penyokong dan rakyat Negeri Perak yang cintakan sukan bolasepak ini untuk sama-sama membantu.


ZAIRUL AZRUN ZAINAL ABIDIN
Bendahari,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


9 ulasan:

Awanama berkata...

Salam YB, bagaimana caranya untuk derma online? boleh siarkan butiran No acc?

Awanama berkata...

kejor yop kejor..jangan lupa panggil balik budak2 perak yg berhijraah ke negeri lain..politk politik gak,,sukan bola tetap nombor 1 walau berbeza pahaman politik,mohon janganlah hendaknya politik campur sama dalam sukan alamat lingkup bola malaysia seperti yg terjadi dewasa kini

Awanama berkata...

eloknya yob bagi no akaun..senang nk transfer

Unknown berkata...

Buat mcm kelab penyokong bolasepak kelantan( Kelate.net)....siarkan number akaun kat website supaya senang nak taw kat mana perlu disumbangkan......

masuksuku berkata...

salam semua
saya menyokong penuh..macam samy vellu la pulak..pemuda pas membuat kutipan itu..

sukan jangan dipolitikkan..

macamana kawan tu nak bermain jika gaji pun tak dapat..mati le nak keluar poket sendiri je..

anak isteri mereka pun nak makan juga..

buat apa nak main mati matian jika tiada hasil..

mari kita sama sama bantu pasukan kesayangan kita ni..

cuma jika boleh..kalau pr memerintah..janganle namakan pasukan dengan nama haiwan..nasib baik bukan nama khinzir..nanti orang kata haiwan main bola..pemain haiwan..pengurus haiwan ..buruk bebenor yeop..

Awanama berkata...

Perlu ke bantu FAP kalau kapten ngan senior player rasuah jual game. Tanya la player senior. Tak sior ana nak bantu kalau korup player Perak.

Awanama berkata...

masuk suku,,seladang jenis binatang yg aku rasa tak termasuk najis macam makan babi,,kau punya auta dengan kenyataan cuma jika boleh kalau pr memerintah jangan namakan pasukan dengan nama haiwan,,maksud kau KALAU PR MEEMRINTAH??/hoi aku nak beritahu kat kau masa BN memerintah lagi dah ada nama haiwan seladang ni,,kau ni nak ulaskan ape yg sebenarnya,,,ape motif??kenyataan kau nak bagi anak bini makan camne kalau gaji tak de aku setuju sangat2 lah,,kau rasa kau nak kata ape yg sebenarnya

Awanama berkata...

Salam untuk semua peminat bola tak kira dimana jua anda berada. Yob pada pandangan den lah....dari dulu kini mungkin selamo eh macam tu nampak eh tak ada kualiti untuk poie lobih jauh lagi SOBAB EH DARI ATAS SAMPAI KO BAWAH TAK MENUREH NGABIH KAN BOREH AJO. Kalau nak maju dalam bola sepak bertaraf dunia kono ada peracangan yang rapi chontoh macam ni.

1 Pemilihan hendaklah terbuka macam kito nak minta kerja.
2. Keteria yang di perlukan ketinggian sekurangnya 5 Kaki 10 inci. larian 100 meter 16 sec.berat badan 50KG.
3. Tak minum Segala jenis Arak
4. Tak berjudi
5. Tak kaki betino
6. tak perlu ada senior atau yang berpengalaman dalam pasukan.
7.Dapat kan jurulatih terbaik dari luar negara macam jopun buat
8. matlamat untuk merangkul 4 kejohanan besar saperti Piala Dunia, Olimpik, Commenwelth dan Asia, PIALA MALAYSIA, LION DAN SEA GAME KIRIM SALAM SAHAJA YOB
Paling tidak ada anak bangsa kito beraksi cemerlang di arena antarabangsa. jangan hebat lagi final kat stadium Bkt jalil Lotih yob

masuksuku berkata...

salam semua
untuk tanpa nama 1.46
motif aku hanya untuk sama sama menaikkan pasukan perak...yang engkau kata kan seladang tak najis macam khinzir tu betul la..aku bukan bangang macam kau tak tau hukum..
kalau masa umno dulu dah pakai nama binatang..aku cuma syor kenapa tak ubah..asyik nak ikut yang dulu..
apa pun itu pandangan aku..dan tak mintak di ulas pun..hi..hi..koman le kau ni