19 November 2009

Syed Husin dan S Ramakrishnan dicalon senator

SHAH ALAM, 17 Nov: Dewan Negeri Selangor mencalonkan Dr Syed Husin Ali (gambar) dan Ramakrishnan Suppiah sebagai senator untuk sessi akan datang.

Pencalonan Syed Husin, timbalan Presiden PKR, dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan disokong oleh Exco Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Ramakrsishnam pula dicadangkan oleh Teresa Kok dan disokong oleh Yaakob Sapari. Beliau adalah ahli DAP yang merupakan seorang pensyarah yang juga anggota Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Kedua-dua mereka akan menggantikan Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Datuk Yip Kum Fook yang akan tamat tempoh perkhidamatan mereka pada 6 Disember ini.

HarakahDaily.Net/-

Tiada ulasan: