26 November 2009

Royalti Petroleum: Ku Li setuju sertai kaukus khas parlimen

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk bersama pakatan Rakyat dalam Kaukus Khas Parlimen berkaitan royalti petroleum.

Ketua pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu memaklumkan perkara itu mencadangkan agar Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh, beliau setuju bersama dengan kaukus petroleum,"

"Kita (Pakatan Rakyat) cadangkan Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus ahli-ahli parlimen ini," katanya katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yakin Tengku Razaleigh dapat membuktikan pentafsiran yang tepat berhubung perkara itu memandangkan beliau merupakan bekas Pengerusi Petronas.

"Saya percaya dengan latar belakang dan pengalaman Ku Li beliau akan dapat membantu," katanya lagi.

Menurut Anwar juga, kaukus berkenaan akan turut memanggil wakil dari parti komponen Barisan Nasional termasuk negeri-negeri pengeluar petroleum.

"Kita akan mencadangkan supaya kaukus ini mewakili semua parti dan kita akan menjemput wakil Umno, MCA dan lain-lain selain Pakatan terutamanya negeri-negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Anwar juga memberitahu, beliau akan memaklumkannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Nazri Aziz yang menyelia hal parlimen.

"Sebagai prosedur, selepas Pakatan bersetuju, kita akan maklumkan kepada Datuk Nazri sebagai menteri yang bertanggungjaawab kemudian kepada wakil parti yang lain.Selama ini belum ada kesediaan parti-parti yang lain yang turut hadir beberapa perjumpaan," ujarnya.

Draf rang undang-undang mengenai petroleum juga ujarnya akan dibentangkan untuk dibahaskan pada sesi parlimen akan datang.

"Draf rang undang-undang mengenai petroleum yang akan jelaskan kedudukan dan bidang kuasa negeri kita siapkan dan cuba kita bentangkan untuk dibahaskan dalam sesi parlimen akan datang," katanya.

18 November lalu, Anwar, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi mencadangkan beliau mengetuai kaukus tersebut.

Penubuhan kaukus khas parlimen ini dilihat mempu mencari jalan paling munasabah untuk menyelesaikan isu tersebut.

HarakahDaily.Net/-

3 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Tidak ada sebarang keuntungan yang diperolehi oleh PR jika KU Li setuju, kecuali dia masuk PKR berjuang sama.

Seorang Gulka politik memang boleh setuju dengan apa yang PR buat,tapi masih kekal dalam umno pengkhianat bangsa.

Macam orang Yahudi yang hafaz Quran,buku bukunya dijadikan rujukan oleh pelajar islam di mesir.

Yahudi itu tetap kafir dan tidak ada niat pun masuk islam mati dalam kafir. Tapi amasih ada orang islam berbangga dengan buku buku yang ditulisnya.

Macam juga KU LI, beliau ada pengalaman malah dia dan Tun Salleh Abbas yang draf perjanjian royalti minyak.Tapi apa dian boleh buat dengan royalti minyak di kelantan?

Dia boleh bercakap itu adalah perjanjian bertulis sepertimana perjanjian royalti minyak di negari Terengganu.

Impelikasinya pun tidak ada jika dibawa ke mahkamah sekalipun.percayalah. itulah hakikatnya jika UMNO masih jadi kerajaan.

Demikian juga KU LI. begitulah jadinya jika dia masih kekal dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

sungguh tak faham aku dgn orang yg suka sgt berfikir negatif ni....

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Tahniah pada DSAI dan pemimpin2 yg lain dalam usaha mereka mendalami isu royalti minyak.

Ini menunjukkan mereka benar berjuang utk rakyat. Tak kiralah mereka dari parti mana pun.
Umumnya pun mereka dari parti2 yg punya dasar memperjuangkan rakyat...harap2lah

klu semua nak kena ber"parti" dan baru boleh perjuangkan rakyat, alamatnya sampai bila pun takde perubahan / penambahbaikan.

Sekarang mat sembab dah minta KU LI re-consider his decision. Biar kita tengok apa keputusannya.