26 November 2009

Tidak tepat RON95 rosakkan enjin

Tanggapan pengguna terhadap penggunaan minyak petrol RON95 yang merosakkan enjin adalah tidak tepat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

"Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95. Di Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada minyak petrol yang dijual di stesen minyak Petronas iaitu Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak itu boleh merosakkan enjin.

Tan berkata sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap aspek penggunaan petrol RON95.

"Semua pihak tersebut bersetuju dengan pelaksanaan RON95 memandangkan kebanyakan enjin kenderaan di Malaysia menggunakan teknologi yang direka bentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95," katanya.

Beliau berkata dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan seperti mana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya, lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.

Ketika menjawab soalan tambahan Johari mengenai terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin, Tan berkata kementerian tidak menyedari mengenai perkara itu.

"Pihak kementerian tidak sedar tentang hal ini, dan kita akan menghantar pegawai penguatkuasa kita untuk memeriksa semua stesen minyak khususnya daripada bukan Petronas," katanya. BERNAMA

MalaysiaKni/-

6 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

RON95 bermula pada awal pertengahan tahun ini masatu ahli sains tengah mengkaji tentang RON95 sebab semakin hari semakin datang teknologi semakin maju dan kebetulan pada masatu mengapa tidak ungkit isu ini diparlimen? mengapa sampai harini baru nak ungkit hal ini?

it is very nonsence

Tanpa Nama berkata...

awat hang tak habaq kat depa sebelum pi parlimen. aku kalau ku tau awal masalah ron95 dah lama ku habaq kat ahli parlimen.

ku dulu pakai ron95. Naik bukit tak larat, injin menderam.heran jugak. tanya pomen, dia kata pakai minyak pa. ku habaq ron95. patutlah cuba hang tukaq ke ron97. betoi kata dia, bila pakai ron97 injin ok. ron95 oghang boh dalam mesin rumput.

Tanpa Nama berkata...

Ron 95 adalah minyak lama yg stock nya terlalu banyak sehingga x ada tempat nak simpan...kerana sebelum ini org jarang guna minyak lama (merah)...biasa digunakan oleh pelaut atau contractor jer untuk mesin rumput..akhirnya ditukar colour dan dipaksa petronas jual...
pengalaman saya terpakai ron 95...prantasi kereta terlalu buruk...dlm kes ini jelas
Kerajaan menipu rakyat

paka OILAND. berkata...

kereta aku umur 17th,dok pernah isi RON95,jd aku dok tahu perbezaannya.aku pernah ke Johor,Kolar Lompur naik bukit slamber je beb,baru ni banjir kat Paka,aku harung dengan senyuman manja giler pada kereta baru yang meragam tepi jalan,agaknya pakai RON95 lah tu.......

david ahmad muniandy berkata...

kerajaan umno tahu rakyat merungut pasal ron95 menyebabkan piston kereta ketukkan kuat cuma umno buat tak dengar hal rakyat, pada masa kerajaan umno mansuhkan ron99 khas untuk beberapa daerah sahaja dan naik harga ron97 termasuk guna pakai petrol lama ron95...


ps: berkelahi bertengkar bukan satu cara yang baik untuk menyelesaikan masalah...kita cuma berkongsi idea dan ilmu itu sahaja kalau boleh.

marauhirang berkata...

Aku lak pakai kereta iswara 2002....
Kat Tutup Tangki Minyak ada tulis RON 97...
Pakai RON 95......jadi semput...pastu engin speed idle jadi kacau....nasib badan ...nak wat camne....terima je le....nak tukar kereta x mampu.....