26 November 2009

KEMPEN SERINGGIT (RM1) – SELAMATKAN BOLASEPAK PERAK

23 November 2009 / 6 Zulhijjah 1430

Kepada :

Semua Penyokong setia, Peminat, seluruh Rakyat yang bersempati dengan Pasukan Bolasepak Negeri Perak – Skuad Seladang

Y.Bhg; Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari ;

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, kami Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dengan rendah diri demi pembangunan sukan bolasepak Negeri Perak merayu kepada semua penyokong setia, peminat dan seluruh rakyat yang bersempati dengan nasib yang bakal di hadapi oleh Pasukan Bolasepak Negeri Perak – Skuad Seladang yang mungkin terlepas peluang untuk memasuki Liga Super 2010 musim baru tahun depan.

Kami sedar sebagai sebuah parti politik berharap dengan usaha kerdil ini dapat membantu Persatuan Bolasepak Negeri Perak untuk membantu pembayaran hutang lapok kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana syarat baru daripada Persatuan Bolasepak Malaysia mewajibkan pembayaran tersebut bagi kelayakan untuk menyertai musim baru Liga Super 2010 ini nanti.

Kami juga telah berusaha mewujudkan satu tabung bantuan sempena kempen ini dan kepada yang ingin menyumbang bolehlah disalurkan kepada kami di atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” No. Akaun – 0 8 0 1 3 0 1 0 0 7 4 2 7 4 (Bank Islam Malaysia Berhad).

Insya Allah, semua sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Perak secepat mungkin.

‘PAS UNTUK SEMUA’

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

saya lihat 24hb 11 tajuk tentang "Kempen RM1 selamatkan bolasepak Perak diteruskan"

kalau nak buat lebih meriahkan jemput seorang doktor takkan dalam ahli PAS tiada satu yang bergelar doktorkan...meletakkan seorang doktor di dewan, orang ramai datang untuk menyumbang mesti ada sesetengah mereka yang bertekanan darah tinggi bolehlah doktor itu buat medical check-up untuk pesakit secara percuma untuk buat amal sambil pesakit menderma RM1...benda ini kena maju sikit kena upgrade jangan hanya buat stail lama....saya lihat kalau merawat pesakit secara percuma mesti lagi ramai buat sumbangan lagi....

YB berkata...

lebih baik tambah pelbagai akaun bank contohnya maybank, cimb, public dll utk org salurkan derma. Jika tidak cuma yg ada akaun BIMB sja yg salurkan melalui internet.